• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Petugas Khas PDRM Kembali Ke Ukraine

oleh AK-47
08/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sejumlah 30 petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Ukraine malam ini bagi menyambung misi di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

Pasukan itu, yang berlepas pada kira-kira 11.45 malam, terdiri daripada pegawai dan anggota Komando Vat 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, Unit Simpanan Persekutuan dan perhubungan awam diketuai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Fuad Zarim.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Fuzi Harun berkata kumpulan itu adalah yang pertama ke Ukraine setelah pasukan sebelum ini kembali ke tanah air pada 12 Ogos lepas berikutan pergolakan di kawasan berkenaan.

“Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena majlis penghantaran pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), yang turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Fuzi berkata persetujuan dua hala itu turut membenarkan sehingga 90 ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat terhempas, dan dalam masa terdekat, 50 anggota lagi akan dihantar.

Beliau berkata pasukan kali ini dianggotai petugas sama dalam misi sebelum ini bagi mencari saki-baki mayat mangsa MH17.

“Sesungguhnya pemergian misi ini adalah bagi menyahut komitmen kerajaan yang tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu,” katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA

Tags: MH17PDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd