• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Askar Cedera Kena Peluru Ketika Bersihkan Senjata

oleh AK-47
15/09/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu – Tiga anggota Batalion 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Kem Seberang Takir, di sini cedera di kaki, perut dan dada akibat terkena peluru ketika sedang membersihkan senjata, petang ini.

Menurut sumber, kejadian dilaporkan berlaku di kem berkenaan selepas tiga anggota berpangkat prebet terbabit berusia 19 hingga 21 tahun dipercayai baru selesai menamatkan latihan menembak pada jam 3.30 petang.

Difahamkan, sebelum kejadian, seorang daripada anggota terbabit dikatakan sedang membersihkan senjata, manakala dua lagi rakannya berada tidak jauh dari tempat anggota terbabit.

“Ketika sedang mencuci senjata berkenaan, secara tiba-tiba senjata yang berada di tangannya meletup dan terkena bahagian kaki anggota terbabit sebelum mengenai bahagian perut dan dada dua lagi rakannya,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga anggota terbabit yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menggunakan ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan, sehingga kini, mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa manakala dua lagi rakannya masih dirawat di wad kecemasan HSNZ.

Pegawai Memerintah Batalion 18 RAMD Kem Seberang Takir Leftenan Kolonel Mahamad Fazli Mat Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun tidak dapat memberi sebarang keterangan lanjut termasuk jenis senjata terbabit. – Harian Metro

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd