Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Satu Lagi Kes Kencing...

ALOR SETAR - Satu lagi kes jangkitan kencing tikus dilapor di Kuala Nerang.Ia...

Abdul Halim Dilantik Sebagai...

KUALA LUMPUR – Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad dilantik semula sebagai...

Duterte Arah Tembak Kemaluan...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menjadi perhatian antarabangsa dengan kenyataan...

Suri Rumah Jana RM1,000...

KANGAR - Siapa sangka dengan mengambil keputusan berhenti kerja sebagai penjawat awam pada 2012...

15 % Nelayan Laut Dalam Guna Distem FSI

ALOR SETAR – Hanya 15 peratus daripada 1,273 nelayan laut dalam di negara ini menggunakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) sejak dilancarkan pada Januari 2011.

Pengurus Projek FSI Jabatan Perikanan Malaysia, Raja Bidin Raja Hassan berkata, setakat ini kira-kira 93 peratus nelayan di negara ini telah mendaftar dalam sistem FSI namun tahap penggunaannya masih rendah, kerana mereka lambat mengaplikasikannya.

Katanya, ada sesetengah nelayan masih menggunakan kaedah lama dengan berpandukan unjang yang dipasang bagi menarik ikan berkumpul dan mencari kawasan ikan berkumpul.

Beliau berkata pihaknya meminta agar persatuan nelayan dan pihak yang terlibat dalam sektor perikanan di setiap kawasan memainkan peranan untuk memastikan nelayan menggunakan FSI bagi memastikan hasil tangkapan lebih banyak.

“Jika nelayan guna sistem FSI mereka dapat kurangkan kos operasi dan memendekkan masa pencarian lokasi ikan. Sebelum ke laut mereka akan terima sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai lokasi ikan berkumpul,” katanya pada Program Lonjakan Aplikasi FSI, Nelayan Pantai Barat di sini, hari ini.


Raja Bidin berkata, nelayan yang berdaftar dengan sistem FSI tidak akan dibebankan dengan yuran pendaftaran kerana sistem itu akan diperoleh melalui SMS atau portal Jabatan Perikanan.

“Nelayan akan terima SMS setiap hari dan sistem FSI akan mengemas kini lokasi ikan setiap hari bagi memudahkan nelayan untuk terus ke lokasi tumpuan ikan,” katanya.

Katanya pihaknya juga akan menyalurkan sebahagian maklumat mengenai lokasi ikan berkumpul kepada nelayan sebagai langkah untuk mengawal sumber ikan daripada habis.

Beliau berkata pihaknya mensasarkan kira-kira 30 peratus nelayan akan menggunakan aplikasi FSI secara berterusan sehingga akhir tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori