Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Pertandingan Ratu Pondan Di...

MIRI - Penganjur pertandingan Ratu Pondan diberi amaran keras supaya tidak mengadakan pertandingan...

Pelajar Tingkatan 5 Maut...

ALOR GAJAH - Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan...

Amar Baharin, Amyra Rosli...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti terkenal, Amar Bahrin dan Amyra Rosli yang tidak...

China Dakwa AS Tiada...

ISTANBUL: China semalam mendakwa Washington tidak memberikan sebarang bukti bahawa aplikasi perkongsian video...

12 Geng Kongsi Gelap Aktif Di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Dua belas kumpulan kongsi gelap dikesan aktif menjalankan kegiatan jenayah di negeri ini, terutama yang membabitkan kegiatan meminta wang perlindungan daripada orang ramai.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, 12 kumpulan itu dianggotai lebih 8,000 orang.

“Polis telah mengenal pasti kumpulan-kumpulan itu dan antara yang diburu ialah dua Geng 04, Geng 08, 24, 77, Phneah, Sio Sam Ong dan Ang Kim Leng yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah, pengedaran dadah dan peras ugut untuk mendapat wang perlindungan.

“Selain itu, kami turut memantau beberapa lagi geng kongsi gelap di negeri ini yang sekarang ini tidak berapa aktif bagi memastikan ketenteraman awam di Pulau Pinang dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis penghargaan kepada pengawal keselamatan yang menembak mati seorang lelaki ketika cuba merompak sebuah bank di Sungai Dua di sini pada 28 Ogos.

Mohd Najib Ahmad, 30, menerima sumbangan wang tunai dan sijil penghargaan daripada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).

Abdul Rahim juga berkata sejumlah 52 individu disyaki anggota kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA) sejak Januari hingga 27 Sept lepas.


“Setakat ini, hanya tiga kumpulan kongsi gelap yang didapati terlibat dalam pergaduhan sesama mereka (geng kongsi gelap) untuk merebut kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sejumlah 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan 31 Ogos lepas perlu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani esok, bagi menyambung jaminan polis.

“Mereka dikehendaki hadir bagi membolehkan perintah jamin yang dikeluarkan sebelum ini disambung ke satu tarikh lain. Kertas siasatan kes itu telah lengkap dan polis masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Ketua Unit Pendakwaan (KUP),” katanya.

Pada 31 Ogos, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya, Phee Boon Poh yang juga exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar kerana ingkar amaran agar tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori