• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Peluang Pekerjaan Menanti Rakyat Kelantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Rakyat Kelantan berpeluang memohon kira-kira 1,000 pekerjaan yang ditawarkan pada Karnival Pekerjaan dan Kemahiran di Pantai Seri Tujoh di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib, berkata sebanyak 20 majikan menyertai pameran itu untuk menawarkan pekerjaan kepada rakyat negeri ini termasuk penduduk di Pengkalan Kubor.

Ada lebih 12 program sedemikian dilaksanakan kementerian di seluruh negara bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival sehari itu, di sini.

Selain karnival itu, kementerian turut menyediakan Portal Jobs Malaysia dan 20 buah Pusat Jobs Malaysia (JMC) termasuk sebuah di Kota Baharu.

“JMC menjadi pusat sehenti yang akan memudah dan mempercepat proses padanan pekerjaan antara majikan dan pencari kerja secara lebih bersepadu,” katanya.

Ismail berkata, kadar pengangguran negara juga menurun daripada 3.1 peratus tahun lepas kepada 2.8 peratus sehingga April lepas berikutan keberkesanan pelbagai aktiviti kementerian.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada Khamis ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN pada 20 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: Kelantankerjaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd