• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Perlu Terjemah Sokongan Undi Tak Percaya

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan beliau masih lagi Menteri Besar Selangor yang sah.

Dalam respon segera beliau terhadap dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Ismail yang beliau memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Khalid berkata, sokongan majoriti itu harus diterjemah sebagai undi tidak percaya apabila Dewan Undangan Negeri Selangor bersidang Oktober depan.

“Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri @drwanazizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

“Sungguhpun begitu, dakwaan DS @drwanazizah itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

“Sehingga proses undian tidak percaya di Dewan Negeri Selangor itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa,” katanya hari ini.

Jelas beliau, tanpa usul berkenaan diluluskan, maka beliau masih kekal sebagai Menteri Besar.

(BACA – Wan Azizah Dakwa 30 ADUN Selangor Sokong Beliau)

Khalid dipecat daripada PKR apabila enggan membuka laluan kepada Azizah untuk mengambil-alih jawatan berkenaan.

Wan Azizah dalam sidang medianya pagi tadi mendakwa sudah memiliki majoriti sokongan dan berhak diganti sebagai Menteri Besar yang baru untuk Selangor.

Sokongan itu datang daripada semua ADUN DAP dan PKR termasuk dua dari PAS.- MYNEWSHUB

Tags: selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd