Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Nelayan Jatuh Di...

BERUAS - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ke...

Banjir Di Kelantan Makin...

KOTA BHARU : Situasi banjir yang melanda sembilan jajahan di negeri ini semakin...

Dua Beradik Ditemui Lemas...

PEKAN - Dua beradik yang dilaporkan hilang Jumaat lepas ditemui mati lemas di...

‘Ustaz Kasanova’ Dipenjara 5...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang digelar 'Ustaz Kasanova' dipenjara lima bulan dan didenda...

Video Pelanggan Chilli’s Marah, Pengurusan Mohon Maaf

Pengunjung di restoran Chilli’s di pusat membeli-belah 1Utama kelmarin dikejutkan dengan rasa tidak puas hati seorang pelanggan yang dikatakan telah diminta keluar oleh pengurus restoran berkenaan kerana dia dan keluarganya membawa makanan yang diperolehi dari luar restoran.

Lelaki itu dengan nada betul-betul tidak puas hati telah bangun dan mendedahkan apa yang dilakukan oleh pengurus restoran iaitu seorang wanita kepada semua pelanggan di dalam restoran pada ketika itu.

Menurut lelaki itu, bapanya seorang pesakit yang pernah diserang angin ahmar dan memerlukan diet khas yang tidak boleh disediakan oleh pihak restoran.

Oleh itu, keluarga lelaki itu terpaksa membawa masuk makanan dari luar hanya untuk bapanya dan ahli keluarga yang lain turut memesan menu dari Chilli’s dengan kuantiti yang banyak.

“Saya beritahu kepada pengurus bahawa makanan dari luar itu adalah untuk ayah saya sahaja, yang terpaksa menggunakan kerusi roda tetapi dia cakap, sila tinggalkan restoran ini dan kami tidak akan melayan keluarga saya.

“Saya telah pesan empat menu utama dari restoran Chilli’s bersama menu pembuka selera yang banyak, saya membantu perniagaan mereka (Chilli’s) dan tetap pihak pengurus menghalau kami,” kata lelak dalam video selama 1.17 minit yang tersebar di internet sejak semalam.

Ekoran itu, Pengarah Kawasan Chilli’s (Malaysia) Nicholas Ngai memetik laporan laman web Astro Awani telah membuat penjelasan dan memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan menurutnya masalah itu sudah pun diselesaikan.


“Kami akui insiden berkenaan berlaku pada hari Ahad di Chili’s One Utama. Kami telah menghubungi pelanggan berkenaan dalam jam 1 tengah hari tadi. Permohonan maaf telahpun diterima.

“Kami memang mempunyai polisi dimana makanan luar tidak dibenarkan. Kejadian berlaku apabila pihak pengurus restoran ingin memberitahu pelanggan tentang polisi ini. Ini mungkin masalah komunikasi dan kami telah memohon maaf,” kata Ngai.

Bagaimanapun Ngai enggan mengulas lebih lanjut tentang video yang kini sudah menjadi viral itu. Beliau juga memahami akan keperluan bapa pelanggan berkenaan yang mempunyai keperluan diet yang khusus.

“Pada masa akan datang, kami akan memasak dan memenuhi permintaan bapanya jika dapur kami mempunyai bahan-bahan yang diperlukan,” tambah Ngai.  – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori