KES mencuri duit daripada tabung masjid bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah banyak kali kejadian seumpamanya dirakamkan menerusi kamera pengawasan.
Dalam rakaman ini, bukan sahaja perlakuannya si pencuri dirakamkan, malah dia juga berjaya ditahan oleh jemaah masjid tersebut.
Apabila disuruh menonton semula rakaman itu, dia memberi alasan hendak memasukkan duit ke dalam tabung itu.
Apapun, penulis kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah individu yang menendang, menampar dan memukul kepala suspek dengan kipas.
Yalah, sekurang-kurangnya jagalah adab dalam tempat ibadah.
Bukankah lebih baik berbincang dan adakan soal-siasat dalam keadaan yang lebih tenang, bukannya berlumba-lumba tunjuk samseng…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY