• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempat Letak Kereta Di Bukit Bendera Jangka Siap Oktober

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat di kaki Bukit Bendera di sini, yang sepatutnya siap pada 31 Ogos terpaksa ditangguhkan untuk kali ketiga berikutan faktor cuaca dan beberapa masalah teknikal.

Timbalan Ketua Pengurus II Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Hartini Ali berkata projek yang dijalankan sejak 2012 itu berhadapan beberapa masalah di lokasi pembinaan sehingga menyebabkan ia gagal untuk disiapkan seperti yang dijadualkan.

“PDC menjangkakan projek itu akan siap sepenuhnya pada akhir Oktober dan dibuka untuk kegunaan orang awam sekurang-kurangnya pada Tahun Baharu Cina tahun hadapan.

“Jika ia masih gagal juga untuk disiapkan, pihak kami akan mengenakan denda  sebanyak RM5,000 sehari kepada kontraktor bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Projek kontroversi yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian  Pelancongan itu mula dibina pada 2011 dengan kos permulaan RM5 juta, bagaimanapun ia berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga mengakibatkan projek itu terpaksa diroboh, direka dan dibina semula pada 2012.

Masalah berkenaan menyebabkan tempat letak kereta bertingkat yang sepatutnya dapat digunakan pada 2012 itu kini menelan kos pembinaan sehingga RM11 juta.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata alasan kelewatan pelaksanaan projek berkenaan tidak boleh diterima.

Katanya kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan projek tempat letak kereta bertingkat itu.

“Alasan ini tidak boleh diterima serta diulang pakai. Sepatutnya, PDC sudah  mengambil tindakan tegas kepada kontraktor dan bukannya menunggu sehingga tarikh lain,” katanya yang turut hadir pada sidang akhbar itu. – BERNAMA

Tags: Bukit Bendera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRT Corp Lantik Syarikat Eropah Siasat Insiden Kemalangan

Next Post

SAM Bantah Projek Agro Di Jalan Raya Timur Barat

Related Posts

Warga Asing Ditahan, Cabul Rakan Sekerja Di Bilik Stor Sejuk Beku

Harga Tiket Bukit Bendera Naik Tidak Jejas Pelancong Tempatan

02/03/2024
0

GEORGE TOWN - Kenaikan kadar tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang bermula Mei depan tidak...

Lebih 2 Hektar Hutan Di Bukit Bendera Terbakar

05/02/2020
0

GEORGE TOWN - Lebih dua hektar hutan di kawasan antara Bukit Bendera ke Kek Lok Si, Air Itam dekat sini...

Next Post

SAM Bantah Projek Agro Di Jalan Raya Timur Barat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd