• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Corp Lantik Syarikat Eropah Siasat Insiden Kemalangan

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) melantik syarikat pensijilan gergasi Eropah, DNV GL untuk menyiasat insiden tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 18 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, pelantikan itu bagi mengenal pasti pihak yang wajar dipertanggungjawabkan dalam insiden itu serta kelemahan yang menyebabkan insiden itu berlaku.

“Tugas DNV GL termasuk mengkaji semula dokumentasi dan prosedur serta memberi input tentang pembaikan . Dua kakitangan DNV GL kini di Malaysia menjalankan temuduga dan pemeriksaan tapak. Laporan itu dijangka dikeluarkan dalam minggu pertama September ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azhar berkata, laporan DNV GL bagaimanapun berasingan dan merupakan tambahan kepada laporan yang sedang dibuat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

Mengulas lanjut, katnaya, selain daripada mencari punca dan memperuntukkan tanggungjawab dan kebertanggungjawaban untuk kejadian itu, MRT Corp mahu mencapai beberapa perkara berdasarkan laporan itu iaitu manfaat kepada industri pembinaan dan meyakinkan orang ramai terhadap tahap keselamatan projek itu.

“Laporan itu mesti memberi manfaat kepada industri pembinaan. Hasil kajian boleh digunakan oleh pihak berkuasa untuk menetapkan standard baru bagi industri pembinaan,” katanya. – mynewshub.my

Tags: kemalangan mautMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini,...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd