Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Ustaz Azhar Idrus Antara...

Kuching : Penceramah bebas yang tidak mempunyai latar belakang lengkap dalam bidang agama...

Rakyat Malaysia Di Singapura...

PUTRAJAYA - Kerajaan meminta rakyat Malaysia yang berada di Singapura tidak pulang ke...

Wanita Indonesia Bakar Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa bahagian badan akibat dibakar...

Ramai Tak Tahu Ben...

MUNGKIN tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi era 1990-an, Ben Nathan sudah pun...

Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap

Jom kita tengok resepi sotong goreng kicap yang mudah tapi sangat sedap, ia amat mudah dimasak dan ‘pehhh’ makan dengan nasi panas-panas memang terangkat beb.

Bahan-bahan:

500 gram sotong
1 biji bawang besar Holland – hiris bulat
3 biji cili merah – hiris serong
2 biji cili hijau – hiris serong
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa

Cara-cara:

Gaul sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara merata. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi. Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Kacau sekali sekala supaya sotong tidak hangus.

sotong

Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar. Kacau lagi.


sotong2

Bila cili dan bawang mula layu, boloehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

sotong3

 

 

Sumber: Azie Kitchen 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori