Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Rafizi Minta ADUN PKR...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Kemenangan BN Jelas Terbayang...

LUNDU - Menjelang dua hari sahaja lagi pengundian bagi pilihan raya kecil Tanjong...

Video Kontroversi: Polis Akan...

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

Penduduk Amerika Cipta Inovasi...

SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Dave Reynolds telah mencipta inovasi tandas yang boleh...

Seramai 10,751 PATI Dihantar Pulang Dari Januari-Julai Lepas

TAWAU – Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menghantar pulang seramai 10,751 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal mereka dari tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah antara Januari dan Julai lepas.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus adalah warga Filipina, 20 peratus warga Indonesia dan lima peratus adalah lain-lain kerakyatan.

“Penghantaran pulang mereka dibuat setelah mereka mendapat dokumen pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing untuk perjalanan pulang ke negara asal.

“Kesemua PATI itu dihantar balik ke negara asal melalui pelabuhan Sandakan, Semporna, Tawau serta menaiki pesawat. Pada masa ini, PATI yang masih berada di tiga PTS di Sabah ialah seramai 12,412 orang,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata perintah pengusiran itu dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.


Sementara itu, Rodzi berkata Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menahan 138 PATI dalam Operasi Tanduk Bersepadu Siri 14/2014 yang berlangsung selama dua hari di sekitar daerah Tawau, sejak semalam.

Beliau berkata seramai 84 lelaki dan 54 wanita berusia antara satu dan 50 tahun dalam operasi bermula 9 pagi itu.

“Kesemua PATI tersebut akan ditahan di PTS Papar untuk tindakan lanjut Jabatan Imigresen,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori