Sample Page Title

Samsung secara rasminya memperkenalkan ‘flagship’ terbarunya Samsung Galaxy Alpha pada awal pagi tadi.

Galaxy Alpha hadir dengan rekaan kompak dengan sisi bingkainya berasaskan logam, disamping mengekalkan beberapa ciri-ciri rekaan dan memberikan penampilan mewah kepada peranti tersebut.

Samsung Galaxy Alpha hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan lapan teras (1.8GHz Quad + 1.3GHz Quad), kamera belakang 12-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat.

Fungsi-fungsi popular Samsung turut dikekalkan pada peranti ini termasuk Ultra Power Saving Mode, Download Booster, beberapa fungsi rakaman gambar, selain turut dilengkapi dengan sokongan NFC.

Apa pun, peranti ini dilihat hanya membawakan bateri berkapasiti 1860mAh, dan tidak menyertakan sebarang slot mikro-SD.

04_SM-G850F_005_white

04_SM-G850F_010_white

04_SM-G850F_011_white


Galaxy Alpha akan ditawarkan bermula bulan September kelak, dan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, emas, perak dan juga biru.

Pengenalan peranti Galaxy Alpha ini dilihat lebih kepada memfokuskan penggunaan rekaan baru, yang mana mungkin akan turut diimplementasikan pada beberapa peranti Samsung yang lain selepas ini.

Samsung akan memasarkan telefon pintar ini mulai September dan ia akan didatangkan dalam lima pilihan warna, Charcoal Black, Dazzling White, Frosted Gold, Sleek Silver dan Scuba Blue.

Walaubagaimanapun, Samsung masih tidak mendedahkan harga Galaxy Alpha buat masa ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekaan baru peranti Samsung ini?

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...