• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pramugari Hadiah Nota Tulisan Tangan Kepada Keluarga Mangsa

oleh AK-47
13/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pramugari Teng Siew Eng mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi kesedihan dengan waris mangsa pesawat malang Malaysia Airlines (MAS) MH17 – dengan ‘menghadiahkan’ mereka nota tulisan tangan beliau.

Nota itu yang mengandungi dua logo hati berwarna merah berbunyi: “Your departure leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal. We miss you. From MH families,” Teng, 39, menulis nota tersebut malam semalam, dan melekatkannya pada plastik bungkusan bunga mawar merah jambu yang diserahkan kepada hampir semua anggota keluarga mangsa semasa menghadiri istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di sini, hari ini.

Beliau berkata nota itu ditulis sebagai cara untuk menzahirkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga berkenaan.

Teng yang mengeluarkan wang sendiri untuk membeli bunga berkenaan menambah bunga itu dibeli pada petang Khamis, selepas beliau pulang dari bertugas dalam penerbangan ke Bali, Indonesia.

“Saya menghubungi kedai bunga dan meminta supaya bunga itu dihantar ke rumah dan nota itu pula ditulis pada sebelah malam,” katanya kepada Bernama.

Teng bagaimanapun agak sedih kerana tidak dapat memberi nota dan bunga itu kepada anggota keluarga dua mangsa iaitu Elisabeth Ng dan Noor Rahimah Mohd Nor kerana dimaklumkan mereka sudah bergerak pulang lebih awal.

Beliau berkata beliau sebak apabila berdepan dengan waris mangsa, khususnya rakan sekerjanya Nur Shazana Mohamed Salleh kerana hubungan mereka sangat rapat.

“Kami mula berkawan apabila (Nur) Shazana menyertai syarikat pada sembilan tahun lalu, dan beberapa kali terbang bersama,” katanya.

Beliau menambah mereka gemar bergambar bersama, dan beliau telah berjanji kepada keluarga Nur Shazana untuk menghantar gambar-gambar mereka untuk dijadikan kenangan.

Sebaik sahaja istiadat itu tamat, Teng beredar untuk ke Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak kapal Dora Shahila Kassim.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: MH17Pramugari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Ariza Dan Anak Sulungnya Tiba Di Kuching

Next Post

Jenazah Pramugari Hamfazlin Dikebumikan Di Ibu Negara

Related Posts

Peluru Hidup Ditemukan Dalam Bagasi Pramugari Korean Air

Peluru Hidup Ditemukan Dalam Bagasi Pramugari Korean Air

04/07/2024
0

INCHEON - Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa...

ABIM Kelantan Mohon Kerajaan Benar Pramugari Tutup Aurat

ABIM Kelantan Mohon Kerajaan Benar Pramugari Tutup Aurat

31/01/2023
0

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan memohon agar kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia membenarkan pemakaian menutup aurat bagi wanita muslim...

Next Post

Jenazah Pramugari Hamfazlin Dikebumikan Di Ibu Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd