Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Jangan Bongkak Dan Ego...

MELAKA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar agar tidak...

3 Hari Prosiding Siasatan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menetapkan tiga hari bagi menjalankan prosiding...

DBKL Nafi Tular Promosi...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang...

Malaysia Saran ASEAN Rangka...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencadangkan ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi...

Jenazah Pramugari Hamfazlin Dikebumikan Di Ibu Negara

Jenazah anak kapal MH17, Allahyarham Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, selamat dikebumikan pada kira-kira jam 3.10 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kl-Karak, Taman Batu Batu.

Ibunya, Hamlah Hassan, 61, semalam dipetik sebagai berkata, sebelum dimaklumkan mengenai jenazah anaknya, beliau sentiasa berdoa agar jenazah anaknya ditemui dan dapat dibawa pulang.

“Hari-Hari makcik tengok berita, dapatkan perkembangan terkini dan berdoa supaya dapat berjumpa jenazah, dan akhirnya doa makcik dimakbulkan bila arwah ditemui dan pihak berkenaan memaklumkan jenazahnya sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, adik Allahyarham, Hamizah Sham, 26, berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang terjadi walaupun tidak dapat melihat jenazah.


“Pengurusan jenazah itu dah sakitkan mayat, jadi kami sebagai keluarga tak sanggup nak tengok jenazah diseksa lagi. Kami terima seadanya, yang penting arwah sampai dengan selamat dan lengkap,” katanya.

Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Pesawat berkenaan, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di negara bergolak itu.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori