Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Durakovic Kekal Bersama Perak...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengesahkan beliau akan terus membimbing...

Sultan Selangor Titah JAIS...

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor...

Majikan Bakar Pekerja Didakwa...

SEORANG majikan yang dipercayai mendera, merotan dan memukul pekerjanya hingga separuh mati, telah didakwa...

Tiada Pembangunan Di Tapak...

SUNGAI PETANI - Tiada isu sepatutnya timbul seperti yang diperkatakan di media sosial...

Pesawat India Terbakar Tapi Penumpang Selamat

NEW DELHI – Pesawat syarikat tambang murah India, IndiGo yang membawa 147 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan terbakar ketika mendarat tetapi tiada seorang pun yang cedera.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata Penerbangan 6E-176 dari Mumbai ke Delhi membuat pendaratan biasa di Lapangan Terbang Delhi.

Pesawat berkenaan mendarat di Delhi di landasan 27 pada pukul 12.35 petang waktu tempatan.

“Sebaik sahaja kapten menerima maklumat daripada Menara Kawalan Trafik Udara mengenai asap tebal, beliau segera mengarahkan anak kapal memindahkan semua penumpang demi keselamatan mereka.

Pemindahan itu dilakukan di laluan teksi selepas pesawat mendarat dengan selamat,” kata kenyataan itu.

Semua penumpang dipindahkan melalui semua pelungsur di sebelah kanan dan satu pelungsur di sebelah kiri dalam masa kira-kira 75 saat.


Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal selamat dan dibawa ke bangunan terminal.

Beberapa penumpang yang mengalami cedera ringan semasa dipindahkan diberi rawatan dan jagaan oleh pasukan lapangan terbang dan lima anggota pasukan Bantuan dan Penjagaan Keluarga (FAC).

Bagaimanapun, semua penumpang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan.

“Keselamatan semua penumpang dan anak kapal adalah menjadi keutamaan IndiGo dan tiada kompromi sama sekali mengenai aspek keselamatan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori