• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian MH370: Kerajaan Hantar Delegasi Ke Australia

oleh AK-47
20/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghantar delegasi ke Canberra, Australia minggu depan untuk membincangkan fasa seterusnya pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata delegasi diketuai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga akan membincangkan isu perkongsian kos antara Australia and Malaysia.

“Justeru, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Kabinet menghargai dan berterima kasih atas sumbangan Australia dalam usaha mencari MH370,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Hishammuddin berkata delegasi Malaysia juga termasuk Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Aset bagi MH370.

“Delegasi akan menghadiri mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, Australia dan China, dan juga memeterai Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Australia yang telah diluluskan oleh kerajaan kedua-dua negara,” kata beliau.

Sementara itu, Hishammuddin berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Mutiara” yang sedang dalam pelayaran untuk menyertai operasi mencari MH370 di Australia menghadapi masalah enjin.

“KD Mutiara sekarang dalam pelayaran ke Jakarta, Indonesia untuk menilai sejauh mana kerosakan dan menjalani pembaikan, kami akan mengikuti rapat perkembangan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan,” kata beliau.

Hishammuddin berkata kapal TLDM Bunga Mas 6 yang sejak empat bulan lepas berada di kawasan pencarian sejak pencarian di permukaan laut dijalankan, kini dalam pelayaran balik ke Malaysia selepas menyelesaikan misinya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam usaha mencari MH370 walaupun seluruh negara sekarang tertumpu kepada nahas MH17.

“Ketika negara masih berdukacita dan terkejut dengan tragedi MH17, kami ingin memberi jaminan bahawa ingatan kepada penumpang dan keluarga MH370 tidak pernah luput dalam hati kami,” kata beliau.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, berdasarkan analisis data satelit oleh pakar daripada United Kingdom.

Misi pencarian MH370 masih diteruskan tetapi setakat ini tiada petunjuk ditemui berhubung pesawat itu. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Bantahan Tolak Wan Azizah Jadi MB

Next Post

Perempuan Bogel Punca Jem Teruk Di Jalan Kuching Malam Tadi

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

Perempuan Bogel Punca Jem Teruk Di Jalan Kuching Malam Tadi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd