• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Minta ADUN Sokong Wan Azizah Beri Penjelasan

oleh AK-47
12/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memanggil dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin perlu memberi penjelasan itu kepada pucuk pimpinan PAS yang sebelum ini mengarahkan semua ADUN PAS Selangor memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“DPPM  mendesak Setiausaha Agong PAS Pusat memanggil segera kedua-dua ADUN yang terlibat kononya memberi sokongan kepada Wan Azizah untuk mendapat penjelasan yang sebenar,” katanya melalui akaun rasmi Facebook beliau hari ini.

Saari dan Hasnul hari ini menghadiri sidang media yang diadakan oleh Wan Azizah bagi mengumumkan 30 ADUN Selangor yang menyokong beliau menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Kedua-dua mereka mereka turut menyatakan kesediaan untuk keluar daripada PAS jika parti itu kekal menyokong Abdul Khalid selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat diadakan pada 17 Ogos ini.

PAS Pusat sebelum ini membuat keputusan parti itu menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dan membantah tindakan PKR mahu melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar negeri itu.

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd