• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Beri Masa 24 Jam Batal Sokongan Terhadap Dr. Wan

oleh AK-47
15/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor untuk menarik balik pendirian mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

“PAS Selangor memandang serius tindakan 2 Adun PAS ini yang mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang ditetapkan parti.

“Saya nasihati kedua-dua Adun ini untuk menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan bai’ah (janji) yang dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun),” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, hari ini.

Hasnul dan Saari hari ini menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun Selangor daripada DAP dan PKR serta Hasnul dan Saari juga menyatakan rasa hilang kepercayaan terhadap Khalid sebagai menteri besar.

Khairuddin turut menempelak tindakan kedua-dua Adun itu yang disifatkan terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga sanggup membelakangkan parti sedangkan PAS Pusat hanya akan memutuskan pendirian rasmi mereka dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya Ahad ini.

“PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan majlis syura ulama yang harus kita patuh. Apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat Ahad ini kita akan patuh. Sebab itu sabar,” katanya.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk mengekal jawatan menteri besar kerana menurutnya Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan sama dinyatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mempersoal tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Khalid daripada jawatannya.

Turut sama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Khalid patut dibenar meneruskan tugasnya sebagai menteri besar sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya. – Bernama

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd