• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Nasarudin Pemenang Nobel Keamanan Pertama Malaysia

oleh AK-47
25/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Apa yang Mohd Nasarudin Mohd Yusof mahu lakukan selepas berpindah ke The Hague, Belanda, dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) tiga tahun lalu, adalah untuk menjadikan Malaysia berbangga dengan perkhidmatannya di sana.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia berusia 52 tahun dan telah bersara ini tidak pernah bermimpi mendapat peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan anugerah Nobel Keamanan 2013 yang diterimanya untuk kerja-kerjanya di organisasi antara kerajaan yang memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia, yang melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.

“Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara,” kata Nasarudin.

NobelKeamanan_2

Beliau berharap kemenangan pasukannya akan merangsang anak muda Malaysia untuk mencapai impian negara untuk memenangi Hadiah Nobel dalam kemajuan budaya dan/atau saintifik.

“Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan,” kata pakar munisi dan senjata kimia ini.

Hadiah Nobel Keamanan kepada OPCW termasuklah pingat, diploma dan hadiah wang tunai kira-kira 900,000 euro (RM3.77 juta).

Nasarudin berkata pada mulanya agak sukar untuk beliau membuat keputusan berpindah ke Belanda.

“Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam seumur hidup, jadi saya memutuskan untuk tidak melepaskannya,” kata Leftenan-Kolonel bersara ini.

Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia memudahkan Nasarudin membiasakan diri dengan budaya yang berbeza dari Belanda.

Katanya beliau juga mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia daripada semua latar belakang di The Hague, termasuk rakan sekerjanya dari Malaysia yang memegang taraf Penduduk Tetap di Britain.

“Dia sudah tidak memegang kerakyatan Malaysia, tetapi saya rasa apa yang dikatakan ada kebenaran. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia.”

Pengalaman beliau di luar negara juga telah membuatkan dirinya lebih menghargai Malaysia, katanya.

Kepada mereka sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian atau bertugas, Nasarudin menasihatkan mereka supaya meneruskan hasrat tersebut.

“Ia tidak akan merugikan anda sebagai rakyat Malaysia. Peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup, jadi jangan sia-siakan peluang. Pengalaman kerja itu akan menjadi sesuatu yang berharga dalam hidup.”

Nasarudin berkata sambutan Merdeka tahun ini akan menjadi pilu bagi masyarakat Malaysia di Belanda kerana semangat rakyat Malaysia di sana telah berkembang lebih kukuh selepas tragedi MH17 itu.

Beliau berharap semua rakyat Malaysia boleh belajar daripada tragedi ini dan kekal bersatu.

Nasarudin akan terus mencuba dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan.

“Saya tidak boleh kembali lagi kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya.

“Saya boleh memberi sumbangan yang lebih jika saya tinggal di The Hague walaupun saya benar-benar rindukan suasana Malaysia,” katanya berjenaka. – Mstar Online

Tags: AnugerahNobel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peminat Gigih Mahu Jodohkan Fahrin Ahmad Dengan Anaknya

Next Post

Bekas Pengerusi MIC N. Sembilan Meninggal Dunia

Related Posts

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MR D.I.Y. “Malaysia’s Best Managed Companies Awards”

02/09/2021
0

MR D.I.Y. terima pengiktirafan “Malaysia’s Best Managed Companies Awards” anjuran Deloitte Private

Next Post

Bekas Pengerusi MIC N. Sembilan Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd