• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Solat Hajat Sederhana Tapi Dihadiri Lebih 5,000 Orang

oleh AK-47
26/08/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU program solat hajat yang diadakan untuk menyelamatkan negeri Selangor disasarkan untuk diadakan secara sederhana tetapi tiba-tiba dibanjiri ribuan rakyat Selangor yang masih sayangkan negeri mereka.

Negeri itu yang disifatkan yang paling kaya di Malaysia pada ketika ini sedang dirundung kemelut politik berkaitan kedudukan Menteri Besar yang kini cuba dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada penyandangnya Tan Sri Abduk Khalid Ibrahim.

PKR mahu menamakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diletakkan sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

Program berkenaan dihadiri lebih 5,000 jemaah dalam majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor dan Menjunjung Titah Duli Tuanku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, malam tadi.

Menurut laporan Agenda Daily, majlis itu dianjurkan oleh Ikatan Kebajikan Dakwah Selangor (IKDAS) yang turut mendapat kerjasama UMNO Selangor, bertujuan mendoakan negeri itu terus kekal aman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh rakyat Selangor.

“Walaupun ada sedikit kesulitan untuk mengadakan program yang berunsurkan keagamaan ini tetapi ia tetap berjalan dengan lancar.

“Dengan apa yang berlaku ini, kita semua perlu mengambil iktibar, bila berlakunya pecah belah disebabkan politik, nak adakan program keagamaan pun susah serta ada pihak yang membantah,” katanya.

Hari ini, nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan diputuskan.

Beliau yang kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas selepas dipecat PKR dijangka akan menghadap Sultan Selangor pada pukul 2.30 petang di Istana Kayangan Shah Alam bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid pada minggu lalu memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas PAS menarik balik sokongan terhadapnya.

Sultan yang ketika itu berada di Budapest, Hungary bagaimanapun meminta Abdul Khalid untuk menunggu sehingga baginda pulang ke tanahair. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

Tags: Kerajaan Selangorsolat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Gara-Gara Berpeluk Sakan

Next Post

MH17: Hanya Tambi Jiee ‘Pulang’ Sabtu Ini

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

MH17: Hanya Tambi Jiee ‘Pulang’ Sabtu Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd