Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAS, UMNO Rencana Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri...

Saya Mohon Maaf Kepada...

PUTRAJAYA : Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon...

Isu Beras: Peluasan Kuasa...

SHAH ALAM - Hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...

Nelayan Pahang Sangkal Pendapatan...

KUANTAN - Persatuan Nelayan Negeri Pahang (Pernepa) menyangkal dakwaan anggota politik pembangkang bahawa...

Kenyataan Lupa Diri Oleh N Surendran

Semalam MB sementara Khalid Ibrahim telah mengejutkan rakyat Selangor dengan memecat kesemua 6 exco DAP dan KEADILAN. Ini adalah serangan terang-terangan dan anti-perlembagaan oleh Khalid ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Selangor telah jelas memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor pada PRU13 yang lalu. Oleh itu tindakan Khalid ini antara pengkhianat paling teruk dalam sejarah politik Malaysia. Khalid telah menunjukkan dia langsung tidak menghormati hak demokratik rakyat Selangor yang telah menyatakan pilihan mereka melalui peti undi.

Ini merupakan waktu paling genting buat rakan-rakan dalam PAS. Mereka perlu menegakkan pilihan demokratik rakyat Selangor dengan berdiri bersama DAP dan KEADILAN untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Memandangkan PAS telah lama berjuang demi sebuah Malaysia yang lebih baik, kami cukup berharap agar PAS akan terus bersama kami dan rakyat Selangor. Sebarang pilihan yang dibuat selain ini akan teramat merugikan PAS sebagai sebuah parti politik kebangsaan.

Memandangkan deklarasi sokongan Umno terhadap Khalid, PAS tidak perlu menanti hingga 17 Ogos ini untuk bermesyuarat. PAS perlu bersama DAP dan KEADILAN sekarang!

Harapan dan impian rakyat agar terzahirnya sebuah negara yang bebas rasuah, kronisme dan penindasan BN kini berada di persimpangan.

N Surendran
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Padang Serai

13 Ogos 2014

Penulis teringin hendak tambah sikit terhadap kenyataan Surendran ni.

Apa yang anti perlembagaan sangat apabila Khalid memecat 6 exco berkenaan? Apakah tindakan memalukan dan memecat Khalid secara tiba-tiba daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas isu hutang Bank Islam yang PKR sendiri kata bukan satu pencabulan undang-undang sedikit masa dahulu merupakan perbuatan yang tepat?

Dulu kes hutang ok… bila bini Ketua Umum hendak dilantik MB boneka jadi tak ok lak?

Kalau hendak cerita perlembagaan, keadilan jangan la cerita sekerat. Ini sama aje macam Ah Beng Ah Beng DAP yang rakam tindakan polis sekerat aje (yakni bahagian yang menampakkan polis jahat) dan upload ke internet. Tak mahu rakam keseluruhan kejadian, kerana bila rakam keseluruhan, kesimpulan yang wujud nanti pastinya berbeza.


Memang betul rakyat Selangor memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri itu. Ada ke sesiapa yang nafi?

Namun adakah rakyat Selangor mengundi agar Anwar Ibrahim bertindak macam Selangor ni bapak beliau yang punya?

Suka-suka hati hendak membuang MB yang ada atas alasan yang sengaja diwujudkan kemudian hendak letak bini sendiri yang lahir di negeri lain.

Adakah rakyat Selangor telah mengundi untuk tujuan itu?

Rasanya pengundi memberikan undi agar PR bertindak secara berhemah dan bijak untuk mentadbir negeri dan bukannya untuk melayan nafsu politik Anwar Ibrahim.

Bercerita pasal Malaysia yang lebih baik… lebih baik kalau Anwar takda.

Penindasan BN? Kalau BN menindas sudah tentu macha dan Ah Beng tidak diberikan kerakyatan dari hari pertama. Sudah tentu semua hidup melarat. Gemar sekali ya gunakan ayat-ayat yang bunyinya gagah tetapi hakikatnya bila dilihat dari dekat… ternyata satu penipuan yang dirancang.

UMNO beri sokongan pada Khalid? Rasanya UMNO membantu rakyat Selangor dengan memastikan pentadbiran negeri terus berjalan dan Khalid boleh terus berkhidmat sebagai MB.

Lagipun, anda sendiri yang buka pekung di dada… mana-mana parti politik di mana negara pun akan mengambil langkah taktikal yang sama seperti UMNO.

**Satu lagi, kalau anda peguam baru dan tak bijak tapi nak naikkan firma guaman anda… masuklah politik dan maki hamun kerajaan.. keluar paper sikit…orang akan salah sangka ingat anda peguam yang hebat … sedangkan anda hebat dapatkan publisiti murahan… ada perbezaan di situ.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori