SHAH ALAM – Syarikat hartanah dan perumahan Worldwide Holdings Bhd (WHB) telah melancarkan satu projek hartanah terbaharu, Ametis Subang Bestari dengan nilai pembangunan kasar RM38 juta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria, projek yang dilancarkan awal tahun lalu itu kini telah 40 peratus dijual dan ia dijangka siap pada suku ketiga 2016.
(Datin Paduka Norazlina Zakaria)
“Ametis adalah pelancaran hartanah mewah terbaru bagi kediaman rumah berkembar semi-D dari Worldwide Holdings untuk pembeli yang menginginkan gaya hidup privasi. Ini adalah pelancaran terakhir bagi kediaman semi-D mewah dengan unit terhad iaitu 20 buah sahaja. Harga ditawarkan bermula RM1.7 juta hingga RM2.3 juta,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB.MY di pejabatnya di Seksyen 7, di sini, hari ini.ÂÂ
Ametis merupakan projek perumahan berlokasi strategik di mana terdapat pelbagai kemudahan antaranya pengangkutan awam yang senang didapati, sekolah, dewan, surau, pasaraya, taman rekreasi, sekolah swasta serta akses lebuhraya yang mudah.
“Keluasan kediaman ditawarkan bermula 3,200 sehingga 3,743 kaki persegi manakala keluasan tanah bermula 3,049 kaki sehingga mencecah 7,941 kaki persegi. Ia disasarkan kepada pemilik yang mencari kediaman keluarga yang luas selain mempunyai taman peribadi,” katanya.
Ametis menawarkan empat rekaan rumah Semi-D yang berbeza antaranya ia menawarkan kawasan parking yang luas, konsep dapur terbuka dan ruang balkoni yang lapang, sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga dan rakan.
WHB mensasarkan 60 peratus unit kediaman mewah AMETIS akan habis dijual sebelum penghujung tahun ini.
AMETIS menawarkan lima bilik tidur dan lima bilik air yang mana sebanyak empat unit terletak di lot tepi yang berkeluasan 6000 ke 7000 kaki.
Sila layari laman www.whb.com.my. untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berhubung unit kediaman mewah terbaharu yang ditawarkan Worldwide Holdings ini. - MYNEWSHUB.MY
http://www.youtube.com/watch?v=USGHNdwsNxw
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK








