Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Melaka United Juarai Piala...

MELAKA - Melaka United memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menjuarai Piala...

Penahanan Pemuda Autisme Cabul...

SUBANG JAYA - Tindakan polis menahan seorang pemuda yang dikatakan pengidap autisme bagi...

Tuduhan Kerajaan Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Pihak yang menuduh kononnya kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah...

Banjir: 41 Sekolah Tunda...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2015 bagi empat sekolah di Kelantan, Pahang (18)...

EKSKLUSIF: ‘Hang Tawi’ GALAK Kutip Derma Gaza, Siapa Mereka?

SEJAK kebelakangan ini kita sering melihat sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Yayasan Hang Tawi, yang giat menjalankan kutipan derma atas nama rakyat Palestin dan atas nama Gaza.

Wakilnya sering dilihat berhampiran pusat membeli-belah, restoran dan kedai makan serta kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Persoalannya, adakah mereka memperoleh kebenaran untuk berbuat demikian?

Lebih mencurigakan lagi, ‘orang’ di belakangnya adalah SM Amin, individu ‘kontroversi’ yang terlibat mengarahkan ramai penuntut tahfiz mengutip derma hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Untuk rekod, pada 10 Julai lalu, lapan individu termasuk seorang wanita dan dua remaja ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu serbuan di Negeri Sembilan.

Masing-masing berusia antara 14 sehingga 50-an itu ditahan di sekitar Nilai ketika sedang mengutip derma sambil memegang tabung yang tertera nama sebuah yayasan yang beroperasi di Kedah.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Norliah Sajuri, hasil siasatan mendapati mereka didapati mengutip derma di bawah nama satu pertubuhan yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

10494939_672282186189488_4819283736617403498_o

Malah mereka cuba berselindung di bawah nama satu yayasan untuk mengelirukan umat Islam kononnya kutipan itu akan disalurkan kepada masyarakat Islam di Palestin, Syria dan negara Arab lain yang sedang bergolak.

Selain itu katanya, dua remaja itu juga mendakwa melakukan aktiviti terbabit secara sukarela dan kononnya sebagai salah satu tugasan ko-kurikulum mereka.

“Kita dapati tiada resit bayaran diberikan kepada mereka yang menderma dan disebabkan ini kita bimbang berlaku penyelewengan kerana tidak tahu berapa jumlah sebenar duit yang terkumpul dan diberi kepada mereka yang memerlukan.

“Antara barangan dirampas ialah enam bekas plastik (tong duit), telefon bimbit dan sejumlah wang tunai anggaran lebih dari RM2,000,” katanya.

image (1)

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 106 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 kerana mengutip khairat tanpa kebenaran MAINS yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada masyarakat Islam yang bermurah hati menghulurkan derma diminta berbuat demikian kepada yayasan atau pertubuhan yang diiktiraf kerajaan sekali gus memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan.

Dalam perkembangan sama lima lelaki dan seorang wanita berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah atas pertuduhan mengutip derma tanpa mendapat kebenaran daripada MAINS.

Tertuduh, Mohd Sazali Ibrahim, 43; Husaini Jamaludin, 45; Yusnida Harun, 47; Mohammad Kamsani Ramli, 28; Mohd Izuan Hafiz Mohd Razi, 28 dan Mohd Khairi Hussin, 28, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan dibacakan berasingan mereka antara jam 5.05 sehingga jam 7.15 didapati membuat pungutan wang untuk tujuan derma bagi bantuan amal ke Palestin, Jordan, Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Tabung berkenaan diuruskan oleh Yayasan Hang Tawi Malaysia dan Badan Amal SM Amin tanpa surat kebenaran dari MAINS seperti diperuntukkan oleh Seksyen 106(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Oleh itu mereka dituduh di bawah Seksyen 106 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 106(5) Enakmen yang sama.

DALAM perkembangan berkaitan, Yayasan Hang Tawi MENEGASKAN mereka tidak melakukan kesalahan seperti mana yang didakwa.

Lihat di bawah petikan video penafian mereka;

Apapun kami di Mynewshub.my sudah letih dengan penjelasan pihak berkuasa mahupun orang SM Amin ini.

Kalau betul yayasan ini menyeleweng, apa lagi nak ditunggu?

Sudah terang lagi bersuluh – masih mahukah memeluk tubuh? Kalau ada peraturan – tolong kuatkuasakan dengan serius.

Kalau ada undang-undang, tolong laksanakan dengan tegas, jangan malas! – Mynewshub.my

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori