• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ebola Jejas Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika

oleh AK-47
30/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

FREETOWN – Wabak Ebola yang semakin merebak mencetuskan masalah besar dalam dunia sukan apabila Sierra Leone terpaksa mengambil pemain import bagi mewakili skuad bola sepak kebangsaannya menyertai kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Tindakan drastik itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan proses kuarantin.

Sehingga kini, banyak negara Afrika menutup sempadannya dengan Sierra Leone, Guinea dan Liberia yang merupakan tiga negara paling teruk terjejas akibat wabak Ebola dengan hampir 1,552 kematian.

“Keseluruhan skuad Sierra Leone akan dianggotai oleh pemain profesional dari luar negara kerana mereka tidak memerlukan pengesahan bebas Ebola,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sierra Leone, Chris Kamara.

Menurutnya, perlawanan tuan rumah menentang Republik Demokratik Congo pada pusingan kelayakan 10 September ini juga tidak akan diadakan di Sierra Leone sebaliknya akan berlangsung di ibu kota Ghana, Accra.

Perubahan tersebut berlaku susulan arahan Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) yang meminta Sierra Leone dan Guinea bermain di negara neutral bagi mengelak jangkitan virus maut Ebola.

“Kami sedih kerana terpaksa bermain di negara lain pada perlawanan di tempat sendiri,” kata Setiausaha Agung Guinea, Ibrahim Blasco Barry.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran bahawa terdapat kira-kira 20,000 jangkitan Ebola yang dilaporkan setakat ini. – AFP

 

Tags: AfrikaEbola
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

Kes COVID-19 Afrika Cecah 9.51 Juta

29/12/2021
0

ADDIS ABABA: Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd