Himpunan baju lama yang sedia ada dan ditambah pula dengan yang baru dibeli, membuatkan almari pakaian semakin sendat sehingga tiada ruang menyimpan.
Pakaian lama sememangnya memberi kenangan kepada si pemakai lebih-lebih lagi di era 80an dan 90an.
Jom kita lihat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan pakaian lama.
Suai padan dengan pakaian baru
Pilihlah beberapa baju, rekaan dan potongannya masih lagi sesuai digayakan pada masa kini. Padankan dengan pakaian baru. Tetap bergaya segar jika kreatif menyuai padan pakaian lama dan baru.
Untuk sentuhan berbeza, boleh tambahkan aksesori tambahan seperti rantai, kerongsang dan sebagainya.
Jual koleksi lama
Jika sudah jemu atau tidak mahu memakai pakaian lama, anda boleh menjualnya semula. Cara itu sekurang- kurangnya boleh menghasilkan wang. Ada banyak tempat menjual pakaian terpakai. Tawarkan pada harga ber patutan jika masih dalam keadaan baik.
Ubah suai
Pakaian lama dijahit semula dan digunakan sebagai baju dengan rekaan gaya semasa. Kini baju rekaan lama muncul semula. Rentak dan gaya fesyen lazimnya, ber putar sekali gus fesyen lama kembali serta digayakan semula.
Cuma perlu ubah suai sedikit rekaan baju lama atau menambahkan beberapa bahan baru supaya baju ber kenaan kelihatan baru.
Buat kebajikan
Anda boleh memanfaatkan baju lama untuk disum bangkan ke bazar atau acara amal dan juga dihantar ke mana-mana pusat serta rumah kebajikan. Baju atau pakaian terpakai pasti masih sangat berguna bagi ke banyakan orang terutama bagi yang memerlukan.
Perturunkan
Mungkin juga ada pakaian lama yang masih elok tetapi sudah tidak muat dipakai. Daripada tersimpan dalam almari, lebih baik atau ‘perturunkan’ kepada orang di kenali seperti adik-beradik dan anak saudara yang muat memakai pakaian itu.
Penuhi hobi
Jika anda mempunyai hobi menjahit, gunakan daya kreativiti memanfaatkan pakaian lama yang sudah tidak terpakai jadikan barangan lain. Ubah suai jadikan dom pet, beg, bekas kosmetik atau sebagainya. Hati tentu berasa puas apabila melihat hasil pakaian lama sudah tidak terpakai, dijadikan barangan lain yang boleh di gunakan.
Oleh: hzqahmd