Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Hanya 17 Bas Panorama...

MELAKA - Menyewa bas daripada syarikat luar dan membaiki bas yang rosak merupakan...

Minah Ini Toreh Tangan...

BELUM pun habis isu gadis Melayu berpelukan dengan artis K-Pop, muncul pulak kes...

MTUC Pertahan Caj Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - "Caj perkhidmatan 10 peratus amat bermakna kepada pekerja industri perhotelan...

“Saya Sanggup Pegang Watak...

KUALA LUMPUR - Kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan tidak membataskan penyanyi Ziana Zain...

Bekas Suami Tak Terkesan Hubungan Izreen Dan Amar

Bekas suami pelakon Izreen Azminda, Muhammad Riza Baharuddin berkata dia langsung tidak terkesan dengan cerita hubungan rapat di antara bekas isterinya itu dengan pelakon lelaki kacak, Amar Baharin.

Ini kerana menurutnya, perkara itu adalah hak peribadi Izreen yang kini tidak berkaitan dengan dirinya sementelah mereka telah mengambil keputusan bercerai beberapa bulan lalu.

“Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

“Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya,” katanya memetik mStar.

Walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun Riza, seorang jurukamera bebas dan Izreen masih lagi berhubung tentang hal-hal yang berkaitan anak tunggal mereka iaitu Adrian Umar, 10 bulan yang kini dijaga ibu aktres itu di Kedah.


Izreen dan Amar dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang memperlihatkan gandingan serasi di antara mereka yang turut dipersetujui penonton sekiranya mereka benar-benar mempunyai hubungan cinta di luar drama. – MYNEWSHUB.MY

izreen1

Izreen dan Amar 

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori