Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tangguh Aktiviti Kokurikulum Melibatkan...

KUALA NERANG - Semua sekolah di seluruh negara diarah menangguhkan kegiatan kokurikulum melibatkan...

Afghanistan Sahkan Kematian Pertama...

KABUL - Afghanistan semalam mengesahkan kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19) membabitkan seorang lelaki...

Pahang Tak Naikkan Had...

KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18...

Patung Seramik Jepun Dilelong...

LONDON - Satu patung seramik Jepun yang dianggar bernilai £70,000 (RM394,000) mengatasi anggaran...

Atasi Gejala Kejang Ketika Anda Tidur

Pernahkah otot di salah satu bahagian tubuh anda tiba-tiba merasa sakit seakan ‘cramp’ sewaktu tidur? Itulah gejala yang dikenali dengan kejang malam.

Penulis sendiri pernah merasainya ketika sedang nyenyak tidur dan secara tiba-tiba kaki kanan terasa kejang dan sakit yang amat sangat.

Bagi anda yang ‘kaki jalan’ atau banyak melakukan aktiviti pada waktu siang, masalah kekejangan malam ini pasti pernah dirasai.

Menurut beberapa pakar perubatan, kejang malam ini sebenarnya boleh berlaku pada bila-bila masa tapi lebih kerap pada waktu malam ketika tubuh dalam keadaan tenang.

Kesan kejang adalah kaki akan menjadi sangat sakit dalam tempoh yang tertentu, kaki akan terasa berdenyut-denyum dan sakit apabila digerakkan.

 

 

 

 


 

Berikut beberapa tip tambahan yang boleh dipraktikkan jika berlakunya masalah kejang malam ini.

1.Berdiri menghadap dinding pada jarak 75 sentimeter (30 inci). Pastikan kaki rata pada lantai, gerakkan tubuh ke depan sambil tangan menahan dinding. Bengkokkan kaki perlahan-lahan.

2.Regangkan kaki setakat mana yang selesa. Tahan posisi regangan itu selama 30 saat dan biarkan kaki seperti biasa. Ulang dua kali atau hingga rasa sakit mula surut.

3.Jika masih rasa kejang selepas lakukan senaman ringan itu, berdiri di atas hujung kaki seperti menjungkit. Langkah ini dapat mengurangkannya serta-merta.

Sumber: Kevin Zahri

Oleh: hzqahmd

  • Lagi berita berkaitan:
  • tips

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori