Sample Page Title

SEPANG – Dua puluh lima petugas media berlepas ke Jeddah  hari ini bagi membuat liputan perjalanan ibadat haji di tanah suci Makkah dan Madinah, tahun ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji, Zuhani Ahmad berkata petugas-petugas itu yang menaiki pesawat Qatar Airways penerbangan QR847 pada pukul 3 pagi tadi akan berada di tanah suci kira-kira 53 hari.

“Selepas berada di Jeddah mereka akan dibawa ke Madinah untuk melihat bilik jemaah, kaunter kewangan, klinik serta lain-lain kemudahan sementara menunggu ketibaan jemaah pertama pada 27 Ogos,” katanya ketika ditemui sebelum perlepasan petugas media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata setiap petugas media juga telah diberikan tiga suntikan vaksin iaitu Pneumococcal, Meningitis dan Influenza.

Pada liputan musim haji kali ini, Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) diwakili oleh Penolong Pengarang di Meja Berita Am, Hafizah Kamaruddin.

Jumlah keseluruhan jemaah Malaysia yang bakal mengerjakan haji tahun ini ialah 23,220 orang dan penerbangan pertama dijadual berlepas pada 27 ogos ini dengan membawa 450 jemaah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • media

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...