• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu Cecah IPU 500 Di Beijing, Lebih 2,100 Kilang Ditutup

oleh
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Ibu negara China terus diselubungi kabus asap atau jerebu yang tebal pada Rabu walaupun memasuki hari terakhir amaran tahap merah pencemaran udara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sejak 19 Disember.

Ia juga kali kedua amaran tertinggi itu dikeluarkan pada bulan ini. Bacaan standard PM2.5 untuk rekod indeks pencemaran udara (IPU) mencecah sehingga hampir 300 di beberapa bahagian sekitar ibu kota China tersebut.

Kadar itu kira-kira 20 kali ganda daripada paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, malah ada beberapa kawasan di Beijing mencatatkan bacaan IPU lebih 500 dengan jarak penglihatan amat terhad.

Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kecemasan, kira-kira 2,100 buah kilang di bandar dan kawasan luar bandar diarah tutup atau mengecilkan pembebasan asap bagi menurunkan kadar keluaran bahan pencemar udara.

Sejumlah 33 bandar raya di pelbagai wilayah lain juga mengambil langkah yang serupa. Antaranya Hebei, Henan dan Shandong. Para penduduk tempatan dilaporkan berasa kecewa kerana ia mengganggu aktiviti harian mereka.

Baca: China Malu Data IPU Kedutaan AS Popular

Pemerintah China mengeluarkan tanda ‘amaran merah’ sejak Sabtu lalu ekoran keadaan IPU terburuk yang langsung menyelubungi bahagian utara negara itu di sebalik salji lebat turun sempena kedatangan musim sejuk.

Ia merupakan amaran kedua paling tinggi dikeluarkan akibat kabut asap di negara itu yang menjejaskan mutu udaranya sekali gus dikhuatiri akan mengancam tahap kesihatan ramai penduduk khasnya pesakit pernafasan.

Para penduduk di bahagian utara China diberi amaran untuk lebih berwaspada kerana keadaan jerebu tebal itu akan menjadi bertambah buruk dalam masa terdekat. Beijing sendiri adalah antara kawasan yang terjejas teruk.

Keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara itu dijangka melanda Xian sehingga ke seluruh bahagian tengah dan utara negara tersebut berhampiran Mongolia serta semenanjung Korea. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

 

Tags: BeijingJerebu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd