• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Tertikam Keris Ketika Persembahan Silat

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan tempatan di Kampung Patau-Patau di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17 tahun; mengalami luka di bahagian dada dan segera dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak, kata Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani.

Mangsa (kiri)
Mangsa (kiri)

Baca: Kembangkan Silat Ke Persada Antarabangsa – Ali Rustam

Juga: Pesilat Hanya Layak Masuk Bakul Sampah – BERSIH 2.0

Pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital pukul 1.23 tengah hari Sabtu. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun .

“Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris. Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.

“Allahyarham kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun pihak hospital tidak dapat menyelamatkannya. Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]HzC-PYm0auA[/wpdevart_youtube]

Tags: mautsilat
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd