• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesilat Hanya Layak Masuk Bakul Sampah – BERSIH 2.0

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan pesilat hanya layak masuk `bakul sampah’ sejarah Malaysia!

Demikian sindiran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) ke atas pertubuhan silat Malaysia kerana menyatakan kesediaan untuk berperang andai maruah Islam dan Melayu dihina.

BERSIH 2.0 yang merupakan pertubuhan pro-pembangkang mendakwa golongan pesilat akan masuk `bakul sampah’ sejarah negara kerana kenyataan bersedia untuk berperang jika maruah Melayu dihina kononnya satu ugutan untuk menjejaskan sistem demokrasi.

Sehubungan itu, BERSIH 2.0 mengutuk Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pernah mengisytiharkan silat sebagai benteng pertahanan negara ketiga selepas polis dan angkatan tentera.

“Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Ali Rustam berkata pertubuhannya sedia ‘berperang’ sekiranya dicabar. Perdana Menteri sendiri turut mengisytiharkan silat sebagai benteng pertahanan negara ketiga selepas polis dan angkatan tentera,” tegas kenyataan itu hari ini.

BERSIH 2.0 turut mendakwa golongan pesilat cuma proksi-proksi ultra Melayu yang bertujuan menggugat amalan demokrasi dan menjejaskan keamanan Malaysia bagi mempertahankan kedudukan pemerintah negara.

Justeru, BERSIH 2.0 mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Presiden Pesaka kerana membuat ancaman serius terhadap keamanan dan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Ugutan sedemikian adalah ancaman kepada demokrasi dan tuntutan perhimpunan BERSIH 4 hujung Ogos lalu. Mereka yang cuba menjejaskan demokrasi dengan ancaman dan ugutan keganasan pastinya akan terhantar ke `bakul sampah’ sejarah,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Bersih 2.0DAPsilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd