• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziarah Al-Aqsa Tanda Sokongan Buat Palestin – Mufti

oleh
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOLIDARITI… Umat Islam di seluruh dunia diseru supaya terus mengunjungi Masjid Al-Aqsa walaupun menghadapi pelbagai tekanan oleh tentera Israel.

Ketika membuat seruan itu, Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Ahmad Husein berkata, ia sebagai tanda sokongan moral umat Islam dunia kepada rakyat Palestin.

Kata beliau, menerusi cara itu juga secara tidak langsung boleh menjana ekonomi penduduk Palestin khususnya di wilayah tersebut.

“Sememangnya ada tekanan oleh tentera Israel kepada mereka yang berhasrat mengunjungi Masjid Al-Aqsa tetapi itu hanya sebahagian kecil daripada penderitaan dialami oleh penduduk Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke masjid tersebut di sini semalam.

Berangkat sama ialah anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Tinggi Hal Ehwal Islam Al-Quds, Dr. Ekremah Said Sabry.

Turut serta ialah Pengarah Wakaf Al-Quds, Syeikh Azam Al-Khatib; Menteri Al-Quds, Ir. Adnan Al-Husaini; Mufti Al-Quds, Syeikh Adnan Ghaith dan Pengarah Masjid Al-Aqsa, Syeikh Omar Al-Kiswani.

Tuanku Syed Faizuddin diiringi oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Dalam lawatan itu, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs, sempat menunaikan solat Jumaat sebelum menyampaikan sumbangan sebanyak 30 buah kerusi roda oleh majlis agama itu bagi kegunaan para jemaah.

Dalam pada itu, Sheikh Mohammad yang juga penjaga Masjid Al-Aqsa memberitahu, nasib penduduk Palestin semakin tertindas sejak Perjanjian Oslo pada 1993.

“Bilangan penduduk Israel semakin meningkat, malah hasrat kami untuk memperingati seorang tokoh pendidik tempatan baru-baru ini, telah dihalang,” katanya.

Perjanjian Oslo memberikan Israel penguasaan penuh terhadap ekonomi Palestin, hal awam dan keselamatan daripada 60 peratus kawasan Tebing Barat.

Sheikh Mohammad seterusnya menyeru mereka yang ingin membuat sumbangan supaya menyalurkannya melalui saluran rasmi seperti Duta Palestin di Kuala Lumpur dan Menteri Wakaf Jordan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Al-AqsaBaitulmaqdisPalestin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Minta Bantuan Hishammuddin Pulih Hubungan Saudi?

Next Post

Hassan Azhari Meninggal Di HKL Akibat Kanser

Related Posts

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

09/07/2025
0

LONDON: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa mendesak pengiktirafan kenegaraan Palestin dalam ucapannya di Parlimen United Kingdom (UK), dengan menyatakan...

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Next Post

Hassan Azhari Meninggal Di HKL Akibat Kanser

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd