• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zed Zaidi Antara 4 Didakwa Sebar Berita Palsu COVID-19

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari ini, kerana menyebarkan berita palsu berkaitan penularan COVID-19 menerusi laman sosial, bulan lalu.

Bagaimanapun, Zed atau nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret A.Akhiruddin@Boy Acho.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan, Zed didakwa menggunakan aplikasi twitter dengan akaun rozaidijamil dengan niat menyebabkan kegentaran awam, justeru dikhuatiri mungkin terdorong mana-mana individu melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Pelakon tersebut didakwa berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 12.51 tengah hari, 27 Januari lalu dan dikesan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada jam 10.30 pagi, 29 Januari lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.

Zed diwakili peguam Zamri Idrus sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Siamalah. 

Di mahkamah yang sama, seorang pengarah syarikat, Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama dengan menggunakan aplikasi web ‘Oh My Media’ yang mendapat perhatian SKMM pada jam 1.20 tengah hari, 27 Januari lalu.

A.Akhiruddin kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM5,000 dan tarikh sebutan semula pada 17 Mac ini.

Dalam pada itu, dua individu, iaitu juruteknik, Mohd Afendy Mohd said, 34 dan peniaga, Syed Mohd Faiz Syed Nasir, 28, mengaku bersalah atas kesalahan sama dan masing-masing diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan tarikh jatuh hukum ditetapkan, 17 Mac ini.

Mohd Afendy didakwa menggunakan aplikasi Facebook menerusi akaun Afendy Said yang telah dibaca SKMM pada jam 2.30 petang, 27 Januari lalu manakala Syed Mohd Faiz menggunakan aplikasi twitter dengan akaun faeznasirr yang dikesan oleh SKMM pada jam 3.30 petang, hari yang sama.

Tags: berita palsuCovid-19koronavirusZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misi Kedua Bawa Pulang 75 Rakyat Malaysia Dari Wuhan

Next Post

3 Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Sapi

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

3 Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Sapi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd