• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Janji Pertahan UMNO Daripada Digadai ‘Broker’

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan mempertahankan parti UMNO daripada digadai oleh ‘broker’.

Beliau menegaskan bahawa UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

“Seperti saudara saudari, saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan. Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.

“UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.

“UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli. InsyaALLAH selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan,” katanya melalui siaran di Facebooknya pada Selasa.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti individu yang terlibat sebagai broker di dalam UMNO.

Mengulas lanjut, beliau meminta ahli-ahli dan penyokong UMNO agar tidak terlalu risau dengan perkara tersebut.

“Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari. Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ (sedar) rancangan mereka.

“Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

“Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Malam Malang Tahun 2017”

Next Post

Bandar Raya Di Malaysia Perlu Mempunyai Daya Tahan – Agong

Related Posts

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Bandar Raya Di Malaysia Perlu Mempunyai Daya Tahan - Agong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd