• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Young Syefura Dikompaun RM1,000 Langgar SOP PKPB

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, pihaknya mengesahkan wakil rakyat DAP itu bersalah selepas kertas siasatan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Selangor minggu lalu. 

Katanya, empat rakan yang bersama-sama wakil rakyat itu turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang. 

“Kes berkenaan dianggap selesai selepas kompaun dikeluarkan terhadap lima individu terbabit yang melanggar SOP PKPB,” katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Sebelum ini, media melaporkan, Young Syefura didapati melanggar SOP PKPB apabila gambar beliau bersama-sama empat rakannya ketika meraikan ulang tahun kelahiran wakil rakyat berkenaan di pantai Bagan Lalang, Sepang, yang dimuatnaik melalui akaun Instagram, tular.

Semua mereka didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan fizikal. 

Semalam, ketika hadir membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, Young Syefura memaklumkan beliau didapati bersalah melanggar SOP PKPB.

Beliau dilaporkan berkata, akan menjelaskan bayaran kompaun dalam masa terdekat dan polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.

Pada masa sama, beliau turut mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak termasuk rakyat Pahang kerana melanggar SOP PKPB, yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada DUN Pahang. – myMetro Online

Tags: ADUN DAPperintah kawalan pergerakan bersyaratYoung Syefura Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Perjanjian Rasmi RPD, Pekebun Musang King

Next Post

Elaun Khas COVID-19 Untuk Petugas Kesihatan Yang Layak

Related Posts

Dua ADUN DAP, Bekas Senator Umum Keluar Parti

21/01/2022
0

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator mewakili DAP Sabah mengumumkan keluar parti malam...

Kes Terence Disiasat Ikut Fakta

20/01/2022
0

BUKIT MERTAJAM : Polis akan menyiasat semua dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu dengan seadil-adilnya berlandaskan...

Next Post

Elaun Khas COVID-19 Untuk Petugas Kesihatan Yang Layak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd