• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Khas COVID-19 Untuk Petugas Kesihatan Yang Layak

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Elaun khas COVID-19 untuk petugas penjagaan kesihatan diberikan secara bersasar, iaitu hanya kepada mereka yang melaksanakan tugas berkaitan jangkitan itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

“Elaun ini bukan untuk kesemua 252,765 kakitangan tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak yang sedang berkhidmat dengan kementerian pada masa ini.

“Ini kerana tidak semua kakitangan diarahkan menjalankan tugas berkaitan COVID-19 dan kebanyakan mereka masih melaksanakan tugas tidak berkaitan COVID-19 di pusat kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

Dr Chen menjelaskan arahan itu juga tidak bersifat berterusan yang mana pegawai yang tidak lagi menjalankan tugas berkaitan COVID-19, atau diarahkan bekerja di pusat bukan COVID-19 kemudian, turut tidak lagi layak untuk menerima elaun tersebut.

Bagaimanapun katanya petugas penjagaan kesihatan yang sebelum ini tidak menerima elaun itu akan layak diberikan elaun tersebut apabila mereka diarahkan menjalankan tugas berkenaan.

Menurut Dr Chen, berdasarkan maklum balas Hospital Pulau Pinang, kesemua kakitangan penjagaan kesihatan yang diarahkan dan masih lagi menjalankan tugas berkaitan COVID-19 dibayar elaun itu.

Katanya jumlah keseluruhan elaun yang dibayar bagi tempoh Mac hingga September lepas ialah sebanyak  RM3,076,300.

“Dalam hal ini, hospital juga mengadakan sesi libat urus dengan petugas terlibat bagi menjelaskan tentang elaun dan keperluan bagi pegawai untuk diarahkan menjalankan tugas berkaitan COVID-19 di hospital.

“Tidak semua pegawai terlibat memandangkan hospital juga perlu memastikan perkhidmatan lain berjalan seperti biasa sambil pada masa sama mengelakkan potensi jangkitan virus itu di hospital. Libat urus ini juga bertujuan memastikan kesemua petugas yang layak menerima elaun tersebut,” katanya.  

Selain itu, KKM juga katanya bekerjasama dengan penyedia skim takaful seperti  FWD Takaful Berhad untuk menyediakan dana MOH-myHeroes  berjumlah RM5 juta bagi disalurkan kepada kakitangan yang dijangkiti COVID-19 ketika bertugas.

“Peruntukan berjumlah lebih RM1 bilion turut disediakan bagi membekalkan peralatan pencegahan dan keselamatan seperti pelitup muka, cecair pensanitasi tangan dan peralatan perlindungan diri  sebagai langkah mencegah jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan serta menjamin kebajikan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19elaun khasKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd