• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Wanita ‘Belasah’ Polis Kawal Jalan Tidak Sesak

oleh AK-47
14/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANG berani betul!  Seorang wanita dilaporkan ‘berang’ dengan tindakan seorang anggota polis yang berkawal di jalan yang tidak sesak di Jalan Jatinegara Barat, Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Kompas melaporkan, wanita tersebut ‘bengang’ apabila polis itu mengawal lalu lintas yang lenggang berbanding jalan sesak di bandar tersebut.

“Dia marah terhadap polis tersebut dengan menyatakan jangan berkawal di situ, di sana lebih sesak,” kata sumber polis di Polres Metro Jakarta Timur.

Namun, wanita tersebut menyatakan pandangannya dalam nada marah dan suara yang tinggi menyebabkan polis itu menghampiri untuk bertanyakan masalah yang dihadapinya.

Melihat keadaan wanita tersebut yang terus memarahinya, polis itu mengambil gambar nombor pendaftaran kereta menggunakan telefon bimbitnya namun dihalang wanita berkenaan.

Berlaku perkelahian di antara mereka sehinggakan wanita itu memukul dan menarik pakaian polis sehingga mencederakannya.

Media tempatan melaporkan kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.

Akibat kejadian itu, polis tersebut mengalami luka namun tidak dinyatakan bahagian tubuh badan yang cedera.

Kejadian tersebut dimuat naik netizen negara tersebut di media sosial dan menjadi viral.

Rata-ratanya mengkritik tindakan wanita itu yang dianggap mengalami tekanan hidup sehingga berani berkelakuan sedemikian terhadap anggota keselamatan. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiapolisserang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon mempersoalkan hipokrasi Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri...

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

19/07/2026
0

IPOH - Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan diberi amaran menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd