• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Malaysia Antara 41 Kes Import COVID-19 Di Singapura

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang wanita Malaysia berusia 38 tahun merupakan antara 41 kes import COVID-19 baharu yang tidak bergejala dilaporkan di Singapura pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Berdasarkan data penuh kementerian yang dikeluarkan malam tadi, pemegang permit kerja yang tiba dari negara asalnya itu dilabelkan sebagai Kes 59586.

Seorang wanita penduduk tetap Singapura berusia 39 tahun yang kembali dari Malaysia juga merupakan antara kes import tidak bergejala di negara itu.

Jangan Risau… Klik Sini

Kementerian memaklumkan satu kes import juga dilaporkan membabitkan seorang kru kapal pemegang pas khas yang menaiki kapal dari Malaysia dan belum diturunkan dari kapal berkenaan.

Lelaki berusia 45 tahun dari Filipina itu dibawa ke hospital selepas menunjukkan gejala sebelum diuji positif COVID-19, menurut kementerian itu.

Setakat tengah hari Ahad, Singapura melaporkan sebanyak 48 kes import iaitu 41 tidak bergejala manakala tujuh mengalami gejala.

Kes import lain adalah dari Bangladesh, Colombia, Mesir, Perancis, India, Indonesia, Myanmar, Nigeria, Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

Republik itu melaporkan tiada jangkitan penularan tempatan pada Ahad, menjadikan jumlah jangkitan COVID-19 di negara itu kepada 59,308 kes.

Kementerian menyatakan bahawa kesemua 48 kes import itu dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiada kluster baharu dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah kluster kekal kepada enam. – BERNAMA

Tags: Covid-19Singapurawarga malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKP: Kepentingan Imbangi Aspek Ekonomi, Kesihatan – Ismail Sabri

Next Post

“Setahun Berlalu, Kami Tetap Cekal”

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

"Setahun Berlalu, Kami Tetap Cekal"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd