• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wak Doyok Minta Maaf Dengan Keluarga Diraja Johor

oleh
29/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor membuat permohonan maaf di Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di Instagram.

“Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun ke majlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya. Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan,” tulisnya.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Menurutnya, apa yang berlaku adalah kerana kesilapannya sendiri.

“Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

“Saya memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja,” tulisnya dan turut disertakan dengan ‘tag’ nama kepada akaun Instagram Tunku Idris.

Isu itu timbul apabila gambar cincin yang siap diukir dengan lambang peribadi Sultan Johor itu dimuat naik di Instagram jenama barangan kemas dan jam tangan terkemuka menyatakan bahawa cincin itu akan dihantar kepada pelanggan mereka iaitu Wak Doyok.

Tunku Idris menyambut baik permohonan maaf Wak Doyok dan mengirimkan komen berbentuk emoji tanda bagus di Instagram Wak Doyok dan memuat naik tulisan kata-kata hikmah, “Maafkan orang lain seperti mana kamu mahu Allah memaafkan kamu.”

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Wak Doyok bagi mendapatkan reaksi mengenai perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej. – myMetro Online

Tags: keluarga diraja Johorlambang peribadiWAK DOYOK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ubat Tak Berdaftar Bernilai RM2.25 Juta Dirampas

Next Post

Irrfan Khan Meninggal Dunia

Related Posts

Penganggur Didakwa Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan, Keluarga Diraja Johor

Penganggur Didakwa Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan, Keluarga Diraja Johor

09/07/2023
0

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat kenyataan jelik...

Keluarga Diraja Johor Sumbang Lebih RM123 juta Sepanjang Pandemik COVID-19

Keluarga Diraja Johor Sumbang Lebih RM123 juta Sepanjang Pandemik COVID-19

05/07/2023
0

JOHOR BAHRU: Keluarga Diraja Johor menyumbang lebih RM123 juta bagi membantu rakyat negeri ini berdepan cabaran sepanjang tempoh pandemik COVID-19...

Next Post

Irrfan Khan Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd