• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Diraja Johor Sumbang Lebih RM123 juta Sepanjang Pandemik COVID-19

oleh Mohd Arshad
05/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keluarga Diraja Johor Sumbang Lebih RM123 juta Sepanjang Pandemik COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Keluarga Diraja Johor menyumbang lebih RM123 juta bagi membantu rakyat negeri ini berdepan cabaran sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sejak 2019.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata sumbangan itu merangkumi pelbagai jenis bantuan yang memberi manfaat kepada seramai 1.6 juta rakyat negeri ini yang terkesan.

Beliau berkata, selain sumbangan berbentuk kit dan peralatan kesihatan yang disalurkan demi kesejahteraan rakyat, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menitahkan pegawai Istana Johor untuk turun ke lapangan bagi menghulurkan bantuan.

“Tidak cukup dengan itu, keluarga diraja Johor sentiasa di hadapan dalam misi bantuan bencana banjir, ribut, kebakaran, bantuan kepada golongan asnaf, bantuan pendidikan, bantuan kesihatan, selain memperjuangkan serta melindungi hak asasi wanita dan kanak-kanak.

“Di atas sifat ihsan dan kasih Sultan Johor dan keluarga diraja Johor, maka lahirlah simbiosis erat di antara istana dengan rakyat jelata,” katanya berucap pada Majlis Penghargaan Yayasan-yayasan Diraja Johor, Pelancaran Buku dan Portal Kesultanan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), di sini hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan majlis berkenaan dan berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

BHonline-

Tags: Cpvid-19keluarga diraja JohorSumbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganggur Didakwa Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan, Keluarga Diraja Johor

Penganggur Didakwa Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan, Keluarga Diraja Johor

09/07/2023
0

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat kenyataan jelik...

KKM Bincang Isu Dana RM600 Bilion, GEG Minggu Ini

KKM Bincang Isu Dana RM600 Bilion, GEG Minggu Ini

12/12/2022
1

SERDANG – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung siasatan penyelewengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd