• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajarkah PLKN Dilaksana Semula?

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pewujudan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu nyata mengundang reaksi berbeza daripada pelbagai pihak,  lebih-lebih lagi tatkala negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. 

Ada mencadangkan penambahbaikan sekiranya PLKN itu diperkenal semula, namun tidak kurang yang kurang bersetuju kerana berpendapat langkah memulihkan ekonomi negara perlu diberi keutamaan buat masa ini.

Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun. 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.

Mengulas isu itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil yang berkhidmat sejak 2007 hingga 2014 berkata, sekiranya diberi pilihan, sudah tentu pembangunan ekonomi perlu diberi keutamaan buat masa ini ketika negara menyaksikan kadar pengangguran yang tinggi akibat COVID-19. 

Bagaimanapun, ujarnya PLKN tidak perlu ditinggalkan secara total memandangkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) masih wujud dan buat permulaan, kerajaan mungkin boleh memikirkan perkara asas, kajian dan kesesuaian untuk menghidupkan semula program berkenaan tanpa menggunakan kos yang banyak.

“Kerajaan harus utamakan peluang ekonomi, peluang pekerjaan, pada masa sama PLKN boleh dihidupkan dengan kos minimum mengguna pakai kemudahan yang ada dan modul lama, tidak melibatkan perbelanjaan besar, guna kepakaran dan prasarana sedia ada sekiranya dana mencukupi,” katanya.

Menyedari terdapat banyak kritikan terhadap pelaksanaan program itu yang dikatakan sebagai membazir dan kononnya tidak mencapai objektif utama, Abdul Hadi berkata PLKN sebenarnya masih sangat relevan buat masa ini terutamanya dalam memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan belia. 

Malah katanya, menerusi kajian keberkesanan PLKN yang dijalankan ke atas 61,950 bekas pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat umum pada 2010 mendapati program itu berjaya memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara dengan pencapaian 83.86 peratus.

“Kalau kata PLKN tak berjaya, itu tak ada asas, orang yang sudah pergi sahaja yang tahu,” katanya.

Selasa lepas, media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 memaklumkan pihaknya mencadangkan agar program yang dilihat mempunyai kesan baik ke atas semangat patriotisme itu diwujudkan semula. 

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun berkata sekiranya ingin diwujudkan semula, PLKN perlu dijenama semula bagi memastikan objektifnya untuk memupuk semangat perpaduan dan patriotisme anak muda tercapai dengan menjadikan Rukun Negara sebagai asas latihan.

Modulnya haruslah banyak merujuk kepada PLKN 1.0 yang lebih memberi impak seperti aktiviti fizikal, dan silang budaya, menitikberatkan nilai ketimuran serta mungkin boleh dipanjangkan kepada enam bulan agar boleh dilaksanakan dengan lebih baik dan tertib.

Namun katanya, keutamaan pada ketika ini harus diberikan kepada strategi berhadapan dengan COVID-19 terutamanya dalam aspek pemulihan ekonomi negara, lebih-lebih lagi ketika negara menyaksikan hampir 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik itu. 

Menyifatkan PLKN sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam melahirkan belia yang menjadi pemangkin perpaduan negara, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Alif Anas Md Noor berkata program pembangunan sahsiah dan jati diri seumpama itu perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan Rukun Negara perlu dijadikan idealisme utama terhadap modul-modul yang ingin diperkenalkan kelak.

Bagaimanapun, beliau meminta pihak berkaitan mengkaji terlebih dahulu kesesuaian cadangan tarikh dan masa pelaksanaan memandangkan penularan pandemik COVID-19 ketika ini dan paling penting sekiranya program ini ingin dijalankan secara serentak di seluruh negara, penilaian risiko hendaklah dijalankan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. 

Pekerja swasta, Siti Sarah Hassan, 30, berkata walaupun PLKN mampu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta selain menjadi mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja, kerajaan perlu melihat kewajaran untuk mewujudkannya kembali di saat negara masih dilanda pandemik COVID-19.

“Pelaksanaan program itu sudah pasti menelan belanja yang besar dan ia sepatutnya digunakan untuk menangani kesan penularan COVID-19 contohnya dalam meningkatkan ekonomi negara dan membantu golongan yang terkesan,” katanya. 

Bagi bekas jurulatih PLKN, Siti Nurwani Mat Rais, 38, yang berkhidmat selama 10 tahun di tiga kem PLKN, cadangan pewujudan semula program itu adalah amat wajar terutama sekali dalam memupuk nilai patriotisme dalam diri remaja.

Siti Nurwani, yang berkhidmat kali terakhir di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling, Hulu Selangor berkata program PLKN sebelum ini turut dijadikan panduan kepada beberapa negara untuk program pembangunan remaja mereka. – BERNAMA 

Tags: PLKNProgram Latihan Khidmat Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Diego Maradona Meninggal Dunia

Next Post

Belanjawan Penting Atasi COVID-19, Makmur Negara

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

Next Post

Belanjawan Penting Atasi COVID-19, Makmur Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd