• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bapa Lalai, Anak Jatuh Eskalator

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG tidak berbau. Tindakan seorang bapa yang meletakkan anaknya di bahu akhirnya membawa musibah selepas kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat dua di sebuah pusat membeli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semalam kira-kira jam 6.42 petang apabila kanak-kanak yang diletakkan di bahu seorang lelaki jalan menuju eskalator bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketika menaiki eskalator itu, lelaki tersebut dikatakan gagal mengimbangkan badan dan menyebabkan kanak-kanak perempuan itu jatuh ke tingkat satu di hadapan sebuah kedai.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kompleks berkenaan dan dikongsikan Penang Kini dalam Facebooknya hari ini.

Video: Bapa Lalai, Anak Jatuh Eskalator

Dalam video berkenaan memaparkan kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah duduk di atas bahu seorang lelaki dipercayai bapanya.

Kurang seminit, kanak-kanak yang sama kelihatan terjatuh dari eskalator dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki yang memakai baju berwarna jingga mengambil mangsa dan membawanya ke sebalik tembok.

Video: Bapa Lalai, Anak Jatuh Eskalator

Orang ramai di dalam kompleks berkenan turut terkejut dengan kejadian itu dan ada yang berlari selepas melihat kanak-kanak malang itu terjatuh.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Turut kedengaran dalam video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu, suara individu yang menyalahkan lelaki dipercayai bapa mangsa yang meletakkan anaknya dalam keadaan bahaya ketika menggunakan eskalator.

Netizen turut kecam tindakan lelaki berkenaan dan mahukan kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada golongan bapa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: eskalatorkanak-kanakPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd