Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Patik Minta Ampun, Patik...

SHAH ALAM - Selepas dikecam kerana menjadi penyebab kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku...

A Samad Said Masuk...

GUA MUSANG – Sasterawan Negara, A. Samad Said secara rasmi menamatkan desas-desus yang...

Dua Suspek Geng Curi...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai anggota geng curi motosikal...

Vokal Terbaik, Ernie ‘Bakar’...

PERTAMA kali melayakkan diri ke pentas penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pastinya...

Video Aci Baran Belasah Budak Perempuan Tular

SATU rakaman video memaparkan seorang nenek membelasah seorang kanak-kanak perempuan tanpa belas ihsan di Selangor kini menjadi tular menerusi laman Facebook.

Menerusi rakaman itu, kanak-kanak malang berusia lingkungan lima tahun itu dipukul dipercayai gara-gara tertumpah air di atas meja makan dalam kejadian dipercayai di Taman Puchong Perdana, Puchong.

Berang dengan hal itu, wanita berkenaan dilihat mengarahkan kanak-kanak itu beredar dari meja makan sebelum memukulnya dengan menggunakan sebatang kayu secara bertubi-tubi.

Kanak-kanak itu dilihat menangis dan meraung ketika dipukul sambil menggosok-gosok badannya kerana terlalu sakit.

Insiden pukul itu bagaimanapun tidak berakhir disitu, sebaliknya wanita kemudian bertindak menampar muka, menendang dan memukulnya kanak-kanak tersebut sekuat hatinya.

Menerusi video berdurasi dua minit 48 saat itu, turut kedengaran wanita itu berkata dalam bahasa Tamil bahawa dia tidak kisah jika video yang dirakam menjadi viral.


Individu yang merakam video ini kemudian dipercayai memuat naik di laman sosial sebelum dikongsi netizen lain.

Kanak-kanak yang didera itu dipercayai dijaga oleh suspek buat sementara waktu dan bukan ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azlin Sadari mengesahkan menerima laporan berhubungan kejadian itu.

Menurutnya, wanita berkenaan telah pun ditahan untuk siasatan manakala, mangsa sudah diselamatkan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori