Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

DAP Bantah Hanya Islam...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan antara sebab...

Gangguan Bekalan Air Di...

BEBERAPA kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara, bermula...

Israel Berbohong Tentang Kewujudan...

BEKAS menteri pertahanan Israel Moshe Ya'alon mengakui pada Khamis bahawa pegawai-pegawai Israel selama...

Isu Taman Manggis: SPRM...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melawat pejabat Ketua Menteri Lim...

Utusan Tutup Kilang Tapi Akhbarnya Masih Kekal Laris

HEBAT… Ketika netizen pro-Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini cuba perbesar isu Kumpulan Utusan tengah nazak sehingga terpaksa tutup kilang cetaknya, lain pula dengan edaran akhbarnya.

Firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) hari ini melaporkan, Mingguan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan itu catat edaran bersih tertinggi iaitu 231,329 naskhah pada separuh pertama tahun ini.

Menerusi kenyataan firma itu di ibu negara, rekod tersebut menjadikan ia akhbar berbahasa Melayu No.1 di negara ini meskipun gagal atasi Sin Chew Daily  dengan 288,920 naskhah sekali gus muncul akhbar tertinggi edarannya.

Manakala Daily Star kekal akhbar berbahasa Inggeris paling laris di Malaysia iaitu 175,986 naskhah untuk tempoh sama iaitu dari Januari hingga Jun lalu, jauh meninggalkan saingannya, New Straits Times hanya 32,064 naskhah.

Sementara itu, Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan, terus kekal sebagai akhbar harian berbahasa Melayu pilihan pembaca dengan catat edaran 151,388 naskhah dan diikuti ‘abangnya’, Utusan Malaysia pula 107,609 naskhah.

Edisi mingguan Kosmo! Ahad namun lebih tinggi edarannya iaitu 158,392 naskhah. Ironi, rekod ini gagal disaingi lawannya, Harian Metro dan Metro Ahad milik Media Prima yang sekadar masing-masing 98,093 dan 102,909.

ABC dalam masa yang sama melaporkan, dua lagi akhbar keluaran Media Prima, iaitu Berita Harian dan edisi mingguannya, BH Ahad turut ketinggalan dengan masing-masing cuma catat edaran bersih 82,252 dan 56,027.

Baca: Akhbar Maya Utusan Kekal Terlaris Catat Rekod Baru

Bekas kilang cetak Kumpulan Utusan di Tebrau, Johor Bahru. – Gambar hiasan

Trend kemerosotan jualan akhbar tempatan sebenarnya seiring dengan senario peralihan minat pembaca yang pindah kepada platform digital kerana dikatakan lebih pantas dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa.

Ini menyaksikan pihak pengurusan Kumpulan Utusan baru-baru ini dilapor terpaksa umum penutupan kilang percetakan edisi Pantai Timur di Gong Badak, Terengganu mulai akhir bulan ini setelah beroperasi sejak 1990 lalu.


Cetak akhbar untuk edaran sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang, kilang itu dirasmikan Sultan Terengganu ke-17, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 1991.

Ini merupakan kilang percetakan yang kedua terpaksa ditutup Kumpulan Utusan selepas loji di Tebrau, Johor Bahru pada akhir 2016 yang terbit akhbar milik syarikat tersebut untuk edisi Johor selepas lebih dua dekad beroperasi.

Uniknya, status tapak kilang tersebut adalah pegangan bebas hasil ihsan kerajaan Johor, dan berbeza dengan loji lain yang bertaraf pajakan 99 tahun; malah dirasmikan Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan penutupan bagi kawal kos operasi itu juga menyaksikan pembaca akhbar keluaran Kumpulan Utusan menerima surat khabar tersebut yang dicetak dari kilang induk syarikat berkenaan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Loji cetak termoden di Malaysia itu dirasmikan oleh Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad pada 1998 yang juga ada kepentingan dalam syarikat tersebut menerusi Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Kumpulan Utusan turut memiliki sebuah lagi kilang percetakan cawangannya di Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi akhbar edisi Utara terbitannya meliputi edaran sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. – Mynewshub.TV

Kategori