• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar Maya Utusan Kekal Terlaris Catat Rekod Baru

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POPULAR… Meskipun akhbar fizikal dilaporkan terus alami kejatuhan edaran, versi digital pula adalah sebaliknya, malah mampu catat rekod baharu untuk tempoh separuh pertama tahun ini.

Demikian menurut data terkini firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) mengesahkan Utusan Malaysia kekal akhbar elektronik atau e-paper yang paling laris di Malaysia bagi enam bulan pertama 2018.

Laporan diterbitkan firma global itu di ibu negara pada hari ini bahkan merujuk e-paper Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai akhbar maya berbahasa Melayu No.1 di dunia dengan rekod peningkatan luar biasa.

Data yang dikeluarkan itu serentak dengan laporan edaran bersih akhbar fizikal tempatan, menunjukkan Utusan Malaysia versi digital mencatatkan sebanyak 301,946 langganan untuk tempoh dari 1 Januari sehingga 30 Jun lalu.

Turut cipta rekod ialah akhbar maya Mingguan Malaysia catat 302,658 langganan bagi tempoh masa sama. Ia jauh tinggalkan saingannya, Berita Harian sekadar 191,327 langganan dan edisi mingguan BH Ahad 191,576 langganan.

Dua e-paper terbitan Kumpulan Utusan ini yang mula memasuki pasaran sejak 2012, juga atasi dua lagi akhbar digital berbahasa Melayu milik Media Prima Berhad iaitu Harian Metro (146,159) dan Metro Ahad (146,255).

Baca: Utusan Tutup Kilang Tapi Akhbarnya Masih Kekal Laris

Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia versi digital amat digemari pembaca seluruh dunia kerana boleh diakses seawal jam 5 pagi waktu Malaysia serta mengandungi semua edisi wilayah dengan kos harga langganan berpatutan.

Di peringkat global, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia dianggap akhbar elektronik Melayu popular di dunia kerana lawannya di Singapura, Berita Harian dan Berita Minggu masing-masing cuma dilanggan 1,555 dan 1,519.

Lebih unik, akhbar maya keluaran Kumpulan Utusan itu lebih laris berbanding semua judul e-paper berbahasa Inggeris dan Cina tempatan yang bahkan ada catat kejatuhan langganan antaranya Daily Star dan Sin Chew Daily.

Secara keseluruhan, ABC melaporkan edaran bersih semua 16 judul akhbar elektronik tempatan dari Januari hingga Jun lalu sebanyak 2,023,033 langganan berbanding 1,453,098 langganan pada tempoh separuh kedua tahun lepas.

Trend populariti akhbar maya tempatan ini membuktikan peralihan signifikan minat pembaca mulai lebih gemar mengikuti akhbar arus perdana dalam versi digital yang amat luas akses capaian liputannya. – Mynewshub.TV

Tags: Audit Bureau of CirculationsKumpulan Utusan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Akui Sudah Kembali Baca Utusan Malaysia

03/01/2019
0

"SAYA tidak malu mengaku sudah mula baca kembali Utusan Malaysia sekali sekala. Begitu juga dengan media lain seperti Berita Harian,...

Selamat Tinggal Akhbar Tertua Malaysia, Malay Mail

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd