• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta Akan Dibentang

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membentangkan usul di Parlimen mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam jawapan ringkas kepada media, Perdana Menteri, bagaimanapun, tidak memaklumkan bila usul berkenaan akan dibentangkan di Parlimen.

“Usul itu kita akan bawa, sama ada lulus atau tidak itu soal lain lah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Marvel Studios: 10 Tahun Adi Wira di sini, hari ini.

Dewan Rakyat akan mula bersidang Isnin ini sehingga 18 Julai bagi Mesyuarat Kedua, Penggal ke-2, Parlimen ke-14.

Dr. Mahathir berkata sepatutnya kesemua ahli Parlimen perlu mengisytihar harta kerana masing-masing mempunyai pengaruh. “Parti pembangkang pun ada pengaruh, jadi kita tidak harus guna pengaruh kita untuk dapatkan ‘bayaran,” katanya.

Ketika ini, pengisytiharan harta oleh ahli Parlimen kerajaan dan anggota pentadbiran hanya dilakukan secara sukarela yang kemudiannya dipaparkan kepada umum menerusi portal SPRM.

Berdasar portal berkenaan, sehingga kini 124 ahli Parlimen dan 79 anggota pentadbiran kerajaan (termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) telah mengisytiharkan harta.

Tags: Ahli ParlimenIsytihar HartaMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Tidak Terima Dana 1MDB

Next Post

Aliff Syukri Beli Kondo Mewah RM6 Juta Di Pavilion

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

Next Post

Aliff Syukri Beli Kondo Mewah RM6 Juta Di Pavilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd