• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Beli Kondo Mewah RM6 Juta Di Pavilion

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBILANGAN daripada kita sentiasa menyimpan keinginan atau cita-cita yang besar dan hebat.

Cita-cita dan keinginan tidak akan datang bergolek sekiranya tidak diiringi dengan kerja keras.

Usawahan dan selebriti ternama tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman misalnya antara individu yang diketahui umum sentiasa bercita-cita tinggi.

Beliau sangat sinonim dengan keghairahannya membina kekayaan dan satu perkara yang tidak boleh dinafikan mengenai Aliff ialah kejayaan sentiasa berpihak padanya.

Selepas berjaya membina sebuah mahligai mewah di Petaling Jaya, Selangor, Aliff mengumumkan pembelian sebuah lagi aset yang nilainya mencecah angka jutaan ringgit.

Di laman sosial Instagramnya, Aliff berkongsi berita keinginannya untuk memiliki hartanah berupa kondominium mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur sudah tercapai.

Kondominium mewah berkeluasan 3,000 ribu kaki persegi itu dibelinya dengan harga bernilai RM6 juta.

Dan untuk pengetahuan semua, lokasi kediaman itu ialah di menara pusat beli-belah mewah, Pavilion, Kuala Lumpur.

Kompleks Pavilion yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang merupakan pusat beli-belah dan kediaman mewah.

Pelbagai barangan jenama mewah antarabangsa dijual di kompleks yang sering menjadi tempat kegemaran golongan selebriti, kenamaan serta ekspatriat.

“Lawa tak rumah abang ni.. bebetul (betul-betul) atas Pavilion, mudah abang nak shopping. Impian dan harapan dan berdiri dari hasil sendiri.

“Impian dan juga harapan abang waktu baru nak up niaga… kadang-kala ada orang kata abang suka menunjuk tetapi sebenarnya ramai orang tak tahu ini adalah impian abang untuk mempunyai antara rumah apartmen paling mahal di Malaysia ni.. di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

“Abang ni asal kampung Felda Kecau 1 dan teringin nak ada rumah di tengah bandar… kadang rasa macam tak logik rumah yang berkeluasan 3 ribu (kaki) ini harganya hampir RM6 juta tetapi ini adalah nilai yang perlu dibayar,” kongsinya lagi.

Apa yang mencetus perbincangan dalam kalangan netizen ialah, Aliff memaklumkan pembelian kondominium mewah itu dengan menggunakan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dulu abang tanamkan azam kalau ada duit yang lebih abang nak ada rumah persinggahan abang sendiri, weekend house.

“Abang dapat membeli rumah ini hanya hasil duit KWSP abang..iyee duit KWSP abang. Lebih kurang 5 tahun abang niaga hasil daripada menyimpan KWSP abang dapat mempunyai rumah di sini… ini adalah salah satu impian abang,” tambahnya lagi. – Astro Gempak

Tags: aliff syukriKondominiumKWSPrumah mewah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd