• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Mana Dirujuk Pahala Berganda-Ganda Ni? – Ridhuan Tee

oleh
06/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Akademik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan status seorang artis ternama yang memberitahu dirinya menerima pahala berganda-ganda dalam 10 malam terakhir Ramadan kerana kononnya berdepan dengan dugaan.

Walaupun tidak menyebut nama, namun teguran itu secara tepat dan jelas ditujukan kepada status yang dimuat naik Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.

“Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?

“Ustaz mana artis ni rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk bertanya lanjut,” soal beliau di akaun Facebook miliknya semalam.

Menurut Ridhuan lagi, budaya menggunakan nama ahli agama untuk ‘cover diri’ adalah sesuatu yang tidak molek.

“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz,” katanya.

Ujar beliau, orang lain melahirkan anak juga, tetapi tidak seriuh artis itu.

Jelas beliau, dugaan yang dicipta sendiri berbeza dengan dugaan sebenar.

Siti Nurhaliza baru-baru ini mendapat kecaman majoriti masyarakat apabila menganjurkan majlis tahnik anaknya yang baru lahir.

Majlis berkenaan yang dihadiri menteri dan ustaz-ustaz ternama dihurung kontroversi seperti isu pelanggaran SOP dan persoalan merentas sempadan negeri oleh sebahagian hadirin.

Situasi itu menimbulkan rasa sakit hati sebahagian besar masyarakat yang tidak berpeluang untuk bertemu orang tersayang sedangkan kluster kayangan seperti Siti Nurhaliza didakwa bebas berbuat apa sahaja tanpa dikenakan tindakan.

Mungkin disebabkan marah atau frust diserang bertalu-talu oleh netizen, Siti kemudian memuat naik status berikut di media sosialnya:

Tambah Ridhuan, beliau sependapat dengan pandangan Mufti Perlis yang dalam kiasnya mempersoalkan keutamaan antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

“Dalam Islam kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan,” katanya.

Kenyataan penuh Ridhuan disertakan oleh pihak Mynewshub di bawah. – Mynewshub.TV

Tags: majlis tahnikramadanRidhuan Tee Abdullahsiti nurhalizaustaz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kejayaan Kerajaan PN – Najib

Next Post

“Aku Pun Polis Bantuan”

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

"Aku Pun Polis Bantuan"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd