• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan Kosmetik, Rakan Direman 3 Hari

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BARU BANGI – “Tak baik tau,” itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi bersama rakannya selepas jurugambar media merakam gambar mereka di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Kedua-dua individu berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur dalam satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial.

Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek bermula Jumaat sehingga 13 Jun.

Mereka yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan bergari sambil dikawal pihak polis.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili dua individu itu berkata, anak guamnya yang berusia lewat 20-an disiasat mengikut Seksyen 12 dan 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada Khamis, media melaporkan seorang pensyarah membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik selepas sesi Instagramnya dikatakan berbaur lucah pada Rabu.

Usahawan itu yang mempunyai sejuta pengikut di laman sosial Instagram bersiaran secara langsung bersama rakannya jam 2 pagi menerusi platform Instagram Live serta diikuti dua kanak-kanak.

Susulan itu, pihak polis meminta dua pemilik akaun Instagram iaitu Safieilyas dan Pipinatasha tampil untuk membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berkenaan. – Sinar Harian

Tags: amang seksualkomunikasi lucahusahawan kosmetik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Pemimpin Politik Menghadap Agong

Next Post

92,420 Sampel Ujian PCR, RTK-AG Semalam

Related Posts

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

Jurulatih Memanah Didakwa Amang Seksual, Seks Luar Tabii Remaja 15 Tahun

Jurulatih Memanah Didakwa Amang Seksual, Seks Luar Tabii Remaja 15 Tahun

19/06/2025
0

KLANG: Seorang jurulatih memanah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan...

Next Post

92,420 Sampel Ujian PCR, RTK-AG Semalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd